Taqabbalallahu minna wa minkum
Assalamualaikum wb...
2 Syawal 1433h...
Azam Ramadhan tahun ini, saya buat waktu permulaan Ramadhan yang lalu adalah nak mengkhatamkan Al- Qur'an.
Alhamdulillah, selepas silat Asar tadi, pada 2 Syawal saya berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk saya.
Bila baca doa khatam Al- Qur'an yang ada kat penghujung Al-Qur'an tu, saya rasa sebak dan sayu sangat.
Ini kali pertama saya baca doa tu sendiri kerana seingat saya, inilah kali pertama saya berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Qur'an saya dengan pasti dari surah Al- Fatihah ke surah AnNas.
Sepanjang saya membuat tilawah al-Qur'an sepanjang Ramadhan kali ni, saya rasa seperti satu perjalanan yang mengasyikkan.
Saya dapat tengok macam- macam perkara secara sepintas lalu tapi tidak dapat berhenti lama untuk menikmati keindahan di setiap tempat.
Bila saya mula meninggalkan suatu tempat menuju ke destinasi yang lain, saya tanam azam untuk kembali semula lain kali dan akan menginap lebih lama di sana.
Sekarang saya dah berjaya menyelesaikan satu perjalanan yang panjang. Azam saya seterusnya ialah untuk menjenguk semula ke tempat- tempat yang pernah saya lawati pada Ramadhan yang lalu dan pada masa yang sama, menamatkan perjalanan kali ini paling lama dalam masa 3 bulan.
Kembara Al-Qur'an saya kali ini bermula semalam 1 Syawal 1433 Hijrah dan saya harap akan tamat pada hari Raya Haji nanti. Insya'Allah semoga saya berjaya singgah di beberapa tempat yang menarik.
Taqabbalallahu minna wa minkum, taqabbal ya Kareem.
Comments
Post a Comment