Syawal satu kemenangan

Assalamualaikum wb....


3 Syawal 1433 H

Sekurang- kurangnya 40 kali dah saya merayakan eidulfitri.

Semasa kecil memang inilah saat yang paling ditunggu- tunggu. Main bunga api, makan kuih, jalan- jalan rumah jiran dan saudara mara sampai malam. Memang dunia ini ana yang punya...

Bila dah remaja, momentum masih sama. Kali ni sebab ini lah satu2 nya masa boleh jumpa kawan- kawan sekolah yang telah lama berpisah. Bertukar- tukar cerita pahit dan manis. Mengulang2 cerita- cerita zaman sekolah. Manisnya kenangan.

Bila dah berkeluarga, hari raya bermakna persediaan lebih tertumpu kepada persiapan raya suami dan anak- anak. Setiap tahun saya menyiapkan sendiri pakaian raya suami dan anak- anak.

Dengan kekangan waktu sebagai seorang pengurus rumahtangga yang juga bekerja di luar, saya cuma mampu menyiapkan semuanya di saat- saat akhir. Kali ini, pengumuman raya merupakan saat- saat yang paling saya takuti. Takut anak bulan muncul di saat persiapan raya belum tersedia. Ngerinya.... Bagi saya, keseronokan hari raya rupanya hanya untuk kanak- kanak dan remaja. Tiada lagi keseronokan hari raya untuk golongan dewasa.

Namun pada tahun ini saya saya menyambut raya dengan kaca mata yang berbeza. Hari ini hari ketiga Syawal dan saya masih merasakan kemanisan Syawal itu.

Setelah lebih 40 kali merayakan Syawal rupa- rupanya saya baru memahami erti sebenar Syawal. Syawal satu kemenangan untuk mereka yang telah berjaya menghidupkan Ramadhan selama sebulan.

Duit raya bukanlah satu bidaah tetapi sebaliknya sunnah Rasulullah Saw yang amat cintakan kanak- kanak dan akan memberi hadiah untuk menggembirakan hati mereka. Duit raya merupakan manifestasi kegembiraan meraikan kemenangan.

Syawal juga satu peluang untuk untuk menghubungkan hubungan silaturrahmi yang amat diutamakan di dalam Islam.

Masya Allah. Semoga saya diberi kefahaman untuk lebih menghargai Islam, cara hidup pilihan saya, bukan sekadar agama warisan.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida