Sketsa Persoalan Tanpa Prejudis


Assalamualaikum wb...

****************************************************
Sketsa 1:

Soalan: Kenapa lelaki solat tak pakai telekung macam perempuan?

Jawapan: Sebab kalau semua pakai telekung, nanti tak dapat nak bezakan yang mana lelaki dan yang mana perempuan.

Situasi: Seorang kanak- kanak berumur 7 tahun yang mempunyai 3 orang adik beradik yang kesemuanya perempuan.

*******************************************************

Sketsa 2:

Kenyataan: Nabi Adam AS tak baiklah sebab tindakannya melanggar perintah Allah menyebabkan kita tak berpeluang nak duduk kat syurga.

Penjelasan spontan: Kerana Nabi Adam keluar dari syurgalah kita dilahirkan ke dunia dan berpeluang untuk merasai kehidupan di syurga kalau kita taat kepada Allah dan RasulNya. Kalau tak, hanya Nabi Adam dan isterinya sahaja yang akan menetap di Syurga selama- lamanya.

Situasi: Seorang kanak- kanak berumur 10 tahun bertanya setelah mendengar satu program di radio IKIM mengenai Nabi Adam.

********************************************************************** 


Sketsa 3:
 
Soalan: Adik ni lelaki ke perempuan?

Jawapan: Lelaki, macam abah.

Soalan: Adik ada ni tak? (sambil menunjuk ke arah misai di atas mulut abah)

Jawapan: Tak ada

Soalan: Adik ada ni tak (sambil menunjuk ke arah janggut di dagu abah)

Jawapan: Tak ada

Soalan: Jadi, adik sama macam abah tak?

Jawapan: Tak

Soalan: Adik sama macam mama tak? Mama tak ada janggut dan misai.

Jawapan: A.. a.. a...

Soalan: Mama perempuan. Adik lelaki ke perempuan?

Jawapan: Adik perempuan macam mama.

Situasi: Seorang kanak- kanak perempuan berumur tiga tahun setengah yang amat gemar mengikuti aktiviti lasak  bersama Abahnya dan sukar untuk dipakaikan gaun. Amat gemar memakai baju jersi bola sepak.

**********************************

TAMAT

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak