Nak khusyuk?

Assalamualaikum wb...

Pernah terdengar kata2 ni, kalau kita nak khusyuk dalam solat, kena jaga tingkah laku di luar solat.

Dari satu sudut berbeza, mengenai perkara yang sama; sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Jadi, di antara solat dan amal baik ternyata berkait di antara satu sama lain. Seiring dan sejalan. Kena datang dalam satu pakej.

Buat baik dan jauhi perkara mungkar, insya Allah membantu ke arah solat yang khusyuk. Solat yang khusyuk akan menjamin kehidupan sejahtera.

Saya bukan seorang yang pakar dalam ilmu agama tapi sekadar ingin berkongsi apa yang terlintas di hati berdasarkan serba sedikit maklumat yang diperolehi.

Wallahu a'lam.

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida