Kun Fa Yakun


Setelah usia menginjak ke angka empat puluh, barulah diberi Allah peluang untuk merasai pengalaman demam campak.

Pada hari raya keenam, Fatihah dan Maryam tidak lagi dapat keluar beraya bersama kami sebab dijangkiti demam campak. Seorang sepupu mereka dan adik bungsu saya turut dijangkiti demam campak.

Seminggu tak bersekolah. Sekarang mereka dah beransur pulih walaupun parut masih jelas kelihatan.

Hujung minggu lepas, Asiah pula mula dikunjungi bintik- bintik merah yang kemudiannya berair. Memang sah dia pun dijangkiti campak.

Saya pada mulanya cuma rasa tak sedap badan. Rasa ngilu pada sendi dan badan rasa seram sejuk. Selera makan hilang.

Saya ingatkan tak sedap badan sebab tak makan nasi. Kebetulan pulak saya dan suami konon- kononnya nak kurang nasi, lebihkan sayuran. Tu yang tak sedar pun hilang selera makan.

Saya pulak sibuk dengan mesyuarat dua hari berturut- turut, Ranu dan Khamis. Cuma rasa hairan kenapa rasa sejuk berlebihan hingga sekali tu tiba-tiba ja rasa jemari saya macam kebas.

Malam Jumaat saya telan aspirin sebab rasa sejuk sangat. Lepas tu saya tak boleh tidur nyenyak sepanjang malam sebab badan rasa sangat stress. Esoknya saya tak turun kerja. Nang rehat je kat rumah.

Waktu tu lah saya mula perasan ada dua tiga bintik merah kat lengan. Saya dah dalam keadaan berjaga- jaga. Terus tangguhkan sessi pemeriksaan kesihatan yang saya rancang minggu selepas itu bersama suami.

Malam tu bintik- bintik merah mula muncul di beberapa tempat lain. Dan ada beberapa biji yang mula berair. Hari Sabtu, muka saya mula ditumbuhi bintik seperti jerawat.

Setelah cukup bukti, hari Ahad saya pergi ke klinik. Sekali saja doktor periksa, bila dia jumpa bintik berair tu, terus bagi cuti sakit dua minggu.

Sekarang ni saya sedang berehat di rumah. Gatal- gatal dah berkurangan dan bintik- bintik baru pun dah tak muncul. Yang tinggal sekarang ni adalah "jerawat" di muka yang besar - besar dan ada yang bernanah. Dah macam acne.

Memang indah betul pengalaman kali ni. Tak pernah sepanjang hidup saya muka diserang jerawat serius apatah lagi yang bernanah. Bila dah berusia macam ni baru le merasa.

Alhamdulillah. Tiada yang mustahil bagi Allah. Kun Fa Yakun. Bila Allah kata Jadi, maka Jadilah.

Comments

  1. Assalamualaikum...

    padu hal nya tek bah...Nang rancak benar demam campak disinun m.yah oo.Alhamdulillah..dh kebah ktk tek? hope semuanya ok.

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam mai...

    Nang meriah... Berpesta sempena syawal kali sidak tenteranya... Alhamdulillah dah beransur tenang semuanya.... Jgn sik merasa mai.... Syukur alhamdulillah sebab Allah uji dgn hal yg mampu kita tangani... Untuk up point di sana...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin