Keindahan dalam kekurangan
Assalamualaikum wb..
Eureka...
Saya tiba- tiba menyedari hakikat bahawa tiada konsep cantik atau hodoh dalam kehidupan.Semua itu, adalah kepelbagaian dalam kehidupan yang merupakan manifestasi keindahan itu sendiri.
Dinding rumah saya penuh dengan lakaran dan cakaran contengan anak- anak. Juga penuh dengan poster- poster pembelajaran anak- anak. Bila saya maksud lakaran dan cakaran, sebenarnya ia memang adalah cakaran semata- mata. Bukan yang macam mural kat tadika yang cantik dan berwarna- warni tu. Dan posternya pula, kebanyakannya dah terkoyak di sana- sini.
Selama ni saya tak faham kenapa... Tapi setiap kali suami cadangkan nak cat dinding rumah, saya rasa itu akan menghilangkan seri rumah saya. Sebabnya, mengecat ruang tamu rumah saya akan menghilangkan semua lakaran dan cakaran serta semua cebisan poster di dinding tersebut. Bagi saya setiap lakaran dan cebisan poster itu menggambarkan keceriaan dan kecomelan masa kecil anak- anak yang tidak mungkin akan saya jumpa lagi selama- lamanya.
Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke pejabat. kesesakan jalan raya menyebabkan saya hanyut dalam fikiran saya sendiri. Saya rasa saya memang seorang yang comot kerana sikap saya seolah- olah tak ada kecenderungan nak cantik atau indah dalam hidup saya.
Dan tiba- tiba saya macam nampak satu cahaya halus dalam terowong minda saya.
Itulah sebenarnya tafsiran kecantikan dan keindahan dari pandangan hidup saya. Keindahan adalah bila ada kepelbagaian dalam kehidupan harian. Tanpa sesuatu yang kurang menarik (mengikut pandangan kebanyakan) tiada makna keindahan ( dari susut pandangan kebanyakan) dan ia tidak lagi dianggap keindahan sebaliknya hanyalah kebiasaan yang tidak menonjol.
Mungkin juga sama dengan yang dikatakan kemiskinan. KAlau semua orang jutawan, tiada lagi mereka dianggap kaya. Hanya kerana ada orang yang kurang berharta, maka ada yang dianggap lebih berharta.
Dan kerana ada yang dianggap hodoh, maka ada yang nampak menarik.
Namun bagi saya, kepelbagaian itu sendiri adalah keindahan. Dan tak akan saya hilangkan "kehodohan" itu kerana sekaligus ia akan menghapuskan konsep keindahan dari perjalanan kehidupan saya.
Justeru, Allah swt jadikan kita dari pelbagai latarbelakang adalah untuk kita menikmati keindahan dalam kepelbagaian dan bukannya untuk menyemai prejudis dan syak wasangka.
Allahuakbar. Berilah saya kefahaman di dalam agama.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteKecantikkan itu subjektif.Sama juga mcm keindahan.
Tafsiran maknannya mudah terikut2 dgn pandangan barat.Bila cantik mcm Barbie baru dkatakan cantik.Hingga sanggup buat plastic sugery segala bagai.Yang aurat tertutup itu dkatakan hodoh, menakutkan.
Kena ubah set minda anak2.Mungkin juga set minda kita.
Bg saya, kecantiikan itu bila aurat tertutup mgikut syarak dan paling penting kemas dan bersih.Kerana ianya juga kunci pada kecantikkan yg subjektif itu.
Alaikumsalam Mai,
ReplyDeleteBetul... Sekian lama cara berfikir kita diprogram oleh pandangan umum yang hanya berpaksikan nafsu. Memang kena ubah minda kita supaya generasi baru nanti lebih bersedia untuk menilai sesuatu berdasarkan pandangan Islam semata- mata. Insya'Allah.