Soal jawab agama
Saya kerap keliru mengenai tempoh darah nifas. Almaklum la, urusan melahirkan bukannya berlaku tiap-tiap hari... Lantas untuk mendapat kepastian saya menelusuri internet untuk mendapat maklumat lanjut dan telah terjumpa dengan laman ini http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/tempoh-nifas.html.
Berdasarkan pembacaan saya, walaupun terdapat pendapat yang berpegang kepada tempoh 40 hari, ternyata Imam Shafiee berpegang bahawa tempoh 40 adalah kebiasaan untuk darah nifas keluar. Manakala Imam Shafiee berpendapat tempoh maksima darah nifas keluar adalah selama 60 hari.
Hal ini bermakna bagi kita yang mengikut mazhab Imam Syafiee, tempoh maksima untuk nifas sekiranya masih ada darah adalah 60 hari. WallahuA'lam...
Comments
Post a Comment