benih harapan
Menatap hari semalam aku tersenyum
kau bercanda aku adalah kekasih selamanya
memateri cinta dalam degup rasa
di hatiku mawar merah mekar mewangi
hari ini awan hitam mendakap mimpi
di gelora laut akukah nelayan itu
yang kian lemah dan goyah
di mataku mega jingga kian tenggelam
menjangkau hari esok
belum pasti mentari akan menyapa
kerana kita hanya dua jiwa nestapa
di tanganku tergenggam sebutir harapan...
1100 pm
24.05.09
cantik puisi nie..
ReplyDeleteehmm... FathulAriff pun boleh cuba "gali" minda kreatif tu... :) Merujuk kata Kak Ogy.. Nak juga rasa air pena FathulAriff... Bunga-bunga dah ada tu...
ReplyDeletedunia puisi dan penulisan telah lama ditinggalkan semenjak bangku sekolah tertinggal d sekolah...hehe..insyaAllah...kenak da feel...
ReplyDelete