Maryam Berpuasa
Ramadhan tahun ni Maryam mula belajar menunaikan ibadah puasa.
Ini kali pertama Maryam menyertai kami sekeluarga meraikan Ramadhan. Sudah pasti sukar untuknya terus berpuasa penuh. Jadi pada hari pertama Ramadhan Maryam hanya diperkenalkan kemeriahan bersahur. Pada siangnya, pukul 9 pagi Maryam dah bising2 nak makan.
Hari kedua dan ketiga, Khamis dan Jumaat pukul 12 tengahari Maryam terpaksa "berbuka" kerana dia perlu bersiap2 untk ke sekolah. Kami tak bagi dia berpuasa di sekolah sebab takut cikgu tak boleh layan kalau dia tiba2 tak larat nak meneruskan puasanya.
Hari keempat, Sabtu tak sekolah. Jadi kami cuba ajak Maryam puasa penuh. Nampaknya okay untuk Maryam yang dikenali sebagai seorang yang banyak makan dan manja. Sehingga petang Maryam melalui pengalaman puasa penuhnya yang pertama tanpa sebarang masalah. Dan semasa berbuka, Maryam ambik peluang minum minuman sejuk yang biasanya kami tegah.
Hari kelima, Ahad. Seperti hari keempat, puasa Maryam bermula dengan lancar. Kira- kira pukul 5, semasa kami sibuk berkemas untuk berbuka puasa di rumah emak, saya menjenguk ke bilik anak- anak. Saya dapati Maryam terbaring di katil dengan muka sedih.
Menurut pembantu, Maryam tak larat nak tahan lapar dan nak berbuka. Memandang jam dah menunjukkan pukul lima, sayang pulak rasanya nak suruh Maryam berbuka. Jadi saya pujuk dia untuk tahan sedikit lagi dan cuba tidur supaya tak rasa lapar. Alhamdulillah, Maryam patuh walaupun dah teresak2.
Namun, semasa 15 minit nak berbuka, Maryam menangis kata tak tahan. Mana tidaknya, waktu tu kami berbuka bersama2 adik saya yang sedang mengandung. Mungkin dia teringin nak makan laksa penang, jadi hari tu dia bawa laksa penang dan beberapa jenis kuih.
Kami mula mengira minit demi minit dan saat demi saat supaya Maryam bertahan. Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang menandakan, Maryam terus meneguk segelas air. Lepas tu dengan tangan menggeletar dia menyuap laksa penang ke mulutnya.
Saya di sebelahnya memerhati dengan perasaan berbaur. Kelakar pun ada, kesihan pun ada. Tapi, kadang- kadang dalam mendidik anak2, saya rasa kita perlu "mengeraskan" hati sedikit untuk kebaikan mereka di masa depan.
Walaupun saya sedar mungkin ia seperti mendera anak yang masih kecil, tetapi mesej yang disampaikan pertama kali perlu jelas. Mereka perlu sedar bahawa puasa memang bukan sesuatu yang menyeronokkan kerana kita tidak boleh makan dan minum. Dan untuk memberitahu mereka bahawa fadilat puasa itu pelbagai, rasanya sukar sedikit untuk difahami oleh kanak2 berusia lima tahun seperti Maryam.
Jadi, setakat ini cukuplah kalau anak kecil ini sanggup untuk menahan lapar dan dahaga mereka kerana melihat orang lain juga berpuasa. Itupun bukan tiap2 hari dan saya menyasarkan Maryam untuk berlatih berpuasa penuh tahun ini untuk hari2 tidak bersekolah sahaja.

assalamualaikum..
ReplyDeleteo tedah Maryam...jek ti ngenang.Tahan juaknya.Nabila posa time kat sekolah jak..pulang tengahari alu mintak susu.Pepagi nang sik da sahurnya.Polah susu jak pake minum, kira sahur la tek hehe..ya pun dah kul 7am.
Assalamualaikum kak,
ReplyDeletehihi..pukul 9 dah buka. ooo budak umur 5 tahun pn dah boleh puasa penuh..dapat ilmu, thanks :)
Mys: Sik sangka juak maryam boleh tamatkan sampei petang. So, ya lah cuba push nya untuk cuba agik. Tapi weekdays memang nya half day jak.
ReplyDeleteSakinah:
Alaikumsalam w.b. Setakat pengalaman akak, setiap kanak2 berbeza keupayaan untuk mula belajar puasa/ solat.
So, kita kena perhatikan bentuk tindak balas yang kita terima semasa mula2 merangsang mereka untuk mula belajar. Kalau anak tu nampak lemah sangat waktu kita kenalkan dengan puasa, kita latih setakat yang dia mampu jer.
Macam kes maryam ni akak mula dari pukul 9 pagi. Lulus pukul 9, akak teruskan cuba pukul 12, pun lulus. So, next, akak stretch kan lagi lebih jauh dan ternyata Mym memang mampu untuk buat sampai petang.
Kalau anak tu pukul 9 je lulus. Yang pukul 12 dah nangis nak makan, akak rasa dia boleh dilatih puasa sampai pukul 12 jelah sehinggalah dia boleh senyum pukul 12 tu, then boleh cuba stretch utk seterusnya. :).. Tapi pastikan dia sahur supaya tak memudaratkan anak tu.
Selamat mencuba.. :)