Sekolah tak ada ujian?..

Entri ini berkaitan dengan entri mengenai peperiksaan sebelum ini. Saya sengaja membuat entri tersebut sebagai intro atau pembuka selera sebelum membaca entri ini.

Sebenarnya saya ingin berkongsi isu yang disentuh penceramah Motivasi Pagi IKIM.fm pagi tadi. Untuk makluman, beliau merupakan penceramah baru. Semalam pertama kali beliau ke udara dan saya terus meletakkan rating tak best.

Tapi hari ni saya rasa saya patut memberi beliau peluang dan cuba untuk mengutip seberapa banyak pengajaran walau siapa pun yang memberinya. Dan Alhamdulillah saya membuat pilihan yang tepat kerana walaupun pendekatan ceramahnya berlainan dari penceramah2 sebelum ini, tetapi pengajaran yang dikongsikan tetap sama nilainya dengan yang terdahulu.

+++++++++++++++++++++

Antara yang menarik:

1. Dunia ini merupakan dewan peperiksaan yang besar di mana tempoh kita di dalamnya telah ditetapkan.

2. Semasa di dewan peperiksaan, apakah reaksi spontan kita apabila berada di sana? Berjenaka? Bergurau senda? Berleka berkhayal memandang siling dewan?

3. Sanggupkah anda menghantar anak anda ke pusat pendidikan yang mendakwa mereka menawarkan sistem pendidikan terbaik tetapi tidak mempunyai sebarang peperiksaan atau ujian sepanjang tempoh pengajian.

4. Setiap cabaran yang dihadapi tak kira kecil atau besar merupakan ujian Allah untuk meningkatkan lagi nilai diri insan sekiranya dia berjaya melepasi ujian tersebut. Jadi, jangan hilang punca semasa diuji kerana yang dinilai bukanlah kejayaan yang dicapai tetapi bagaimana kita menangani ujian tersebut.

=========================================

nota penulis:

Seperti pengalaman ngeri saya dalam entri terdahulu, saya masih bernasib baik kerana masih sempat menyedari kesilapan dan kecuaian saya sebelum mkeluar dari dewan peperiksaan.

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak menyedari langsung kecuaian itu sehingga keputusan peperiksaan saya keluar?.

Renung- renungkan... WallahuA'lam..

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida