Monday, August 9, 2010

Kat rumah kita tak da pokok

"Mama, kalau LailatulQadar, kan ke pokok- pokok tunduk ke bumi. Macamana lailatulqadar kat rumah kita, sebab kat kawasan perumahan kita tak de pokok."


Sebab ditanya secara mengejut, saya tak bersedia dengan jawapan, saya pun jawab,

"Pokok kecik kat dalam pasu depan rumah pun sama jugak."


Dia tanya balik,

"Pokok kecik tu tunduk masih hidup ke? Bukan kerana dia dah layu?"


Macam- macam.....


Lepas tu dia sambung lagi,


"Nanti kakak nak tunggu pokok- pokok tu tunduk lah."


Saya pun ambik peluang cucuk jarum,

"Haaa.. Kalau macam tu kena rajin solat terawikh dan baca AL-Qur'an."


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tahun lepas Fatihah dah mula berpuasa penuh, tetapi belum begitu faham konsep Ramadhan. Tahun ni dia dah masuk lapan tahun dan berazam sendiri nak puasa penuh. Tahun lepas kami yang bagi semangat untuk cuba puasa penuh.

Minggu lepas suami saya belikan dia novel remaja/ kanak- kanak mengenai puasa. Jadi rasanya cerita dalam buku tu berkisar mengenai puasa. Tu yang dia baca macam- macam mengenai Ramadhan. Lepas tu, kat dalam tu diselitkan pelekat pelbagai doa yang dibaca semasa Ramadhan.

Bagus juga ada usaha hasilkan buku macam tu, boleh menarik perhatian kanak- kanak dan remaja untuk mengetahui lebih mendalam mengenai puasa. Kalau kita suruh diorang baca buku panduan puasa betul2, memang sah takkan disentuh.

Selamat Ramadhan...

5 comments:

  1. salam..

    hehe..mcm2..sik pa latihan untuk dak nya berpuasa.Mulai nektok kenak tanam pokok lah umah ktk org m.yah.

    ReplyDelete
  2. Salam Mai:

    Kamek orang baruk rancang nak tanam pokok mangga kawin di belakang rumah yang sekangkang semut ya... Jadi, bolehlah pakei fatihah memantau LailatulQadar tahun depan.. :P.

    ReplyDelete
  3. Salam

    hihihi mencabar jg soalan2 itu..

    ReplyDelete
  4. ekekeke...tahun tok numpang pokok mangga umah nenek ading lok , padah ngn fatihah.

    ReplyDelete
  5. Salam Sakinah: Pengajaran hadisnya ialah siap sedia la dengan soalan2 cepu mas macam ni.. Akak pun ternganga..

    Mai: Yalah ho..

    ReplyDelete