Kebakaran
Petang semalam penghuni bangunan yang diduduki pejabat saya digemparkan oleh siren kecemasan.
Pada mulanya saya yang baru bersiap- siap nak ke surau untuk menunaikan solat Asar menganggap ia hanya amaran biasa. Maksudnya mungkin ada yang tertekan butang kecemasan pada lif secara tidak sengaja atau untuk main- main.
Namun saya mula panik bila tercium bau benda terbakar dan kelihatan asap keluar dari bahagian tangga. Beberapa orang rakan pejabat dari tingkat 9 (saya di tingkat 10) berlari naik dengan wajah pucat sambil memberitahu yang memang betul- betul berlaku kebakaran di bangunan 20 tingkat itu.
Saya terus berlari balik ke bilik saya untuk mengambil beg. Dalam kelam kabut saya hanya sempat mematikan suis elektrik utama. Saya dah tak kisah sama ada komputer dah ditutup secara teratur.
Yang kelakarnya, saya masih sempat mencapai novel "To kill a Mocking Bird" yang baru saya beli dan tak sempat lagi dibaca. Buku tu saya keluarkan dari beg sebelum tu sebab nak baca sewaktu turun makan tengahari.
Terfikir jugak saya dengan kereta saya. Tapi saya tak rasa saya sempat nak keluarkan kereta mengenangkan saya parkir di tingkat 6. Rasanya pada waktu tu, menyelamatkan nyawa lebih utama. Yang kesian, seorang rakan saya sedang sarat mengandung terpaksa turun tangga dari tingkat 10.
Alhamdulillah, lepas kira- kira 30 minit berdiri di luar bangunan dalam hujan gerimis, pihak bomba mengisytiharkan bangunan selamat untuk dimasukki semula. Baru pagi tadi saya dapat tahu yang kebakaran kecil tersebut berpunca dari puntung rokok yang dibuang dalam tong sampah. (Sabar je la...)
Walaupun kelakar dalam panik, banyak pengajaran yang saya perolehi:
1. Bila nyawa di penghujung, harta tidak lagi berharga
2. Saat itu, tiada lagi istilah gurau senda.
3. Bila- bila saja kita boleh dijemput maut.
4. Perlu sentiasa bersedia dengan "bekalan" yang cukup sebelum maut menjemput.
WallahuA'lam.

salam kenalan.
ReplyDeletePeringatan yang bermafaat, TK.
Selamat mendakap Ramadan dengan mesra.
Salam kak
ReplyDeleteSyukur semuanya selamat. hmm menyakitkan hati punca kebakaran tu. kalaulah orang itu tahu akibat perbuatannya, tentu sangat menyesal.
peringatan yg sangat baik. thanks..
Puan JahRera: Salam kenal. Tkasih sudi melawat blog saya. Biasa2 saja berbanding dengan blog pengalaman hidup puan di Jepun.. :).. Sayu saya dengar ucapan puan pasal mendakap Ramdahan. Dalam sungguh maksudnya.
ReplyDeleteSakinah: MOga ada di kalangan diorang yang ambik pengajaran. Dalam keadaan macam tu, akak anggap ia peringatan dari Allah untuk kita "tersentak" dari leka.