Cermin Diri

"OOO Balik kampung", Maryam menyanyi berulang kali.


Seronok benar hati Maryam. Sekali-sekala dia menyanyi kecil tanpa jelas buah butir senikatanya. Tapi yang pasti iramanya ialah irama lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad.

Begitulah anak-anak. Begitu murni dan polos. Sedih hatinya, dia menangis. Ceria jiwanya, berirama lah pulak suaranya menyanyi. Yang pasti, ceria dan duka, pasti berkaitan dengan diri kita.

Kenapa ya berkaitan dengan kita?

Saya membuat kenyataan begitu kerana kitalah insan yang paling rapat dengan mereka.

Ternyata tingkah laku anak-anak, ceria duka, tangis ketawa jelas merupakan cermin kepada diri sikap kita. Layanan mesra dan perhatian kita curahkan, sinar mentari akan memancar di mata mereka. Namun, sebaliknya pasti akan menyebabkan awan mendung berarak di wajah comel.

Hakikatnya, jangan salahkan anak-anak seandainya mereka menunjukkan sikap negatif terhadap sesuatu perkara.

Sebaliknya, kembalilah kepada diri sendiri dan selidik apakah yang telah kita lakukan sehingga anak-anak bersikap demikian.

WallahuA'lam.

Comments

  1. kekadang bila anak-anak menunjuk sikap negatif bermakna mereka perlukan perhatian.Ada juga yg berpendapat apabila anak2 menunjukkan sikap positif, jangan lokek memberi pujian sbg perhatian.Takut mereka terkeliru.


    p/s: cedok sikit dari kata2 pakar motivasi jap..hehe

    ReplyDelete
  2. Betul ya Mai.. Semakin anak2 membesar semakin terasa cabaran mendidik mereka yang menagih pemikiran yang kreatif dan terbuka.

    Siapa kata kerjaya ibu rumahtangga tu tidak bekerja yek.. cuma mereka lebih beruntung kerana takperlu ulang-alik ke pejabat.. yang lain2 tu sama jer cabaran macam wanita berkerjaya di luar sana..

    Tahniah Pengurus Rumahtangga... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak