Kategori Wangian

Kesenian Sains Dalam Minyak Wangi
Estidotmy, Rabu 26 Mei 2020
muka 14 dan 15
oleh Azida Ishak

1. Perkataan minyak wangi (perfume) berasal dari ungkapan Latin peri yang bermakna "merebak" dan fume yang bermaksud "asap".

2. Industri minyak wangi dipercayai dimulai oleh ahli kimia Islam Jabir Ibnu Hayyan (721-815M) dan dikembangkan pula oleh Al-Kindi (805-873) melalui kitab beliau Kimiya' Al-Itr.
(Saya akan cuba buat verifikasi lanjut pasal ni)

3. Bahan asas dalam sebatian minyak wangi

---->> Air + Alkohol (Pelarut) + minyak pati (yang mengandugi sebatian aromatik)


4. Seni pembuatan minyak wangi boleh disamakan dengan teknik menggubah lagu kerana teknik pencampuran beberapa jenis wangian ke dalam satu larutan adalah merujuk kepada kategori wangian itu sendiri:
  1. Nada Atas - berasal dari sari buahan/ tumbuhan seperti lemon, anggur, pic dan nanas. Ia dapat dihidu dengan pantas kerana kemeluapan molekulnya yang kecil dan sangat cepat (co-efficient 1-14). Pemilihan wangian dari kategori ini amat penting kerana ia bakal memberi gambaran awal pengguna terhadap minyak wangi itu sendiri.
  2. Nada Tengah- berasal dari sari bungaan seperti mawar, freesia, gardenia, violet, ros cina (yang mengandungi trimethoxybenzene untuk memberikan ketenangan) dan melati. Merupakan wangian yang akan timbul setelah wangian nada atas telah meruap, biasanya antara dua minit sehingga sejam selepas pemakaian minyak wangi.
  3. Nada Dasar- Berasal dari zat yang dikeluarkan oleh haiwan seperti kasturi dan ambergris (paus). Mempunyai bentuk molekul yang lebih besar, berat, sangat lambat meruap. Biasanya dapat dihidu hanya selepas 30 minit pemakaian.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota pemblog: Wangian amat akrab dengan wanita kerana sifat mereka yang sukakan keindahan. Tetapi berapa ramaikah yang mengetahui maklumat lain yang melangkaui hakikat kewangian tersebut?

Layan... Salam...

Comments

  1. good info..mmg layann..(uiks..ala2 Melodi jak rasa blog tok..hihihi)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak