Imam Muda

Petang semalam, sebelum maghrib kami sekeluarga terpacak depan televisyen. Seronok tengok uji bakat untuk program terbaru Astro, Imam Muda. Program ni bertujuan mencungkil bakat di kalangan anak muda untuk menjadi Imam.

Saya rasa konsep Imam di sini bukanlah setakat mengimami solat semata2 tetapi juga menjurus kepada menjadi pemimpin dan contoh masyarakat setempat. Sebab tu lah seorang peserta uji bakat gagal melepasi saringan 1 walaupun pengalaman yang beliau sebutkan memang melayakkan beliau untuk menjadi Imam Masjid.

Memang kelakar bila melihat pelbagai gelagat sewaktu proses ujibakat diadakan. Malahan ada seorang peserta yang meminta supaya dia boleh membelakangi penonton/ juri untuk mengatasi masalah gugup. Memang sahlah tak lepas. Kalau dah awal2 tak dapat kawal gugup, mampu ke menghadapi ujian dalam progra yang pastinya lebih getir.

Secara ringkasnya, memang bagus betul program nih. Kita penonton pun dapat belajar sekali secara tak langsung. Penjurian pun tidak melibatkan jari tetapi sebaliknya seratus peratus adalah juri yang telah dipilih dan pastinya layak untuk menduduki kerusi tersebut.

Saya rasa kalau program ni wujud semasa zaman Mawi dulu memang Mawi pun masuk sekali uji bakat kot. Tapi pada sudut lain, banyak sebenarnya program yang saya rasa timbul berikutan fenomena Mawi. Mungkin betul, mungkin tidak, sebab pendapat saya ni tak disokong dengan kajian penyelidikan.

Tapi, kalau nak bincang lebih lanjut pendapat saya mengenai isu Fenomena Mawi ni, kenalah buat entri lain pulak nanti. Jadi, sebelum menyeleweng dari topik, sama2 lah kita layan program ni...

Imam Muda
Disiarkan secara langsung serentak oleh 4 saluran; Ria/ Prima/ Oasis dan satu lagi (tak pasti channel 15 kot)
bermula 28 Mei 2010

Senarai 10 Peserta Imam Muda

  1. Ahmad Syakir Zamri, 19 tahun (Kelantan)
  2. Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21 tahun (Kedah)
  3. Nik Muhammad Adib Md Amin, 22 tahun (Kelantan)
  4. Amiril Md Banin, 25 tahun (Kuala Lumpur)
  5. Nuri Ali Arbain, 25 tahun (Pahang)
  6. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 tahun (Pulau Pinang)
  7. Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26 tahun (Negeri Sembilan)
  8. Sharafuddin Suaut, 26 tahun (Sarawak)
  9. Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 tahun (Kedah)
  10. Mohd Taufek Mohd Noh, 27, tahun (Johor)
Senarai peserta saya ambik dari blog Fenomena Nasyid Entertainment . Mintak izin ye tuan blog.


Comments

  1. ayorkk..mawi lg...:P

    hehehhe...whoaa.. best eh rancangan tok.Riya sempat nanggar yang TV1 jak..realiti tv untuk kanak2 berbentuk islamic anjuran JAKIM.Nunggu nait astro lok..pat nanggar..:D

    ReplyDelete
  2. Itu mesti lar... makan Mawi Minum Mawi makan Mamee..:) sik sempat m yah niat program nembiak ya.. tauk2 dah abis... Imam Muda tuk, audition nya kelakar Mai...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak