Guru (Sempena Hari Guru)

Seminggu telah berlalu
saya masih di sini
mengutip sisa pengalaman
di pantai hari

hari ini
seperti semalam
kau tetap setia
berkongsi segalanya

dan saya harus tega
hidup ini adalah sekolah
dan pengalaman
adalah guru yang tabah

Comments

  1. Terbang rendah si burung madu
    Helang megah di awan biru
    Kerajaan umum insentif baru
    Pengubat hati semua Guru

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin