Bahasa dan Rumahtangga

Saya sedang blogwalking bila saya dibawa ke blog berbahasa asing. Menggunakan fungsi "next blog" saya tetap sampai ke blog bahasa asing (bukan Inggeris) walaupun dah diklik beberapa kali.

Walaupun tak faham, saya imbas juga kandungan blog2 tersebut dan cuba untuk memahami temanya berpandukan gambar2 yang ada di situ. Seronok juga menatap gambar2 pemandangan yang indah dan wajah2 yang menggambarkan pelbagai emosi.

Ternyata komunikasi tidak terhad kepada bahasa sahaja tetapi gambar atau imej juga memainkan peranan yang sama apabila bahasa yang digunakan tidak difahami.

Dalam saya bersantai menikmati gambar2 di satu blog, saya terjumpa alat penterjemah bahasa. Mungkin ramai yang dah biasa dengan alat ni tapi bagi saya ini merupakan kali pertama saya jumpa alat penterjemah.

Saya klik pada menu "drop down" dan tersenarailah pelbagai pilihan bahasa dunia termasuk Indonesia dan Filipina (Bahasa Melayu tak tersenarai ). Lepas tu saya cuba klik pada bahasa Indonesia.

Walaupun terjemahannya tidaklah begitu tepat, secara automatik saya memandang isi kandungan blog tersebut dengan pandangan berbeza. Sekarang saya dapat memahami apa yang hendak disampaikan oleh pemblog tanpa perlu menterjemah gambar2 secara subjektif.

Kalau tadi saya cuma menatap gambar seorang wanita yang ceria sedang menunggang basikal, sekarang saya dapat mengetahui bahawa wanita ini sedang bercuti di suatu tempat yang kawasannya amat sunyi dan tenang.

Dari pengalaman ini saya cuba untuk memahami hakikat bahasa yang mampu mengubah perspektif kita terhadap sesuatu perkara.

Mengenai hal ini, boleh kita ambil pengajaran dalam kehidupan pasangan rumahtangga, betapa perlunya kita berbicara atau berbincang dengan "bahasa" yang sama. Memang kita sama-sama berbahasa Melayu tetapi adakah kita memaksudkan makna yang sama?

Kerap perselisihan atau konflik rumahtangga berpunca dari masalah komunikasi yang lambat ditangani dan akhirnya berlarutan kepada pergolakan yang lebih besar.

Semoga kita dijauhi dari perkara2 seperti itu dan cepat2 berbincang untuk menyelesaikan salah faham sekiranya ia muncul.

Wallahua'lam.

Comments

  1. bahasa tubuh pun di kira bahasa komunikasi kan? Tapi jarang orang dapat menafsirkannya dengan betul.Macam setengah pasangan lebih gemar menggunakan bahasa tubuh dari berkata-kata.Misal katalah, jika salah seorang pasangan tu merajuk ke, kita bleh tgk..reaksi muka..ataupun gerak tubuh.Kalo tang muka tu, muncung bibir boleh diikat dgn riben.Biasanya nie selalu sinonim dgn perempuan laa..hihihi..

    ReplyDelete
  2. bercakap dari pengalaman ke cik puan... :)..
    Zaman sekarang ni lelaki pun kalau merajuk muncung boleh ikat dengan riben agaknya ya.. Tapi jgn risau cik puan, merajuk pada yang sayang... :)

    ReplyDelete
  3. saya jarang sangat merajuk..susah nak merajuk.If di takdirkan saya betul2 merajuk, maknanya perkara yang buat saya merajuk tu, memang telah menyebabkan hati saya betul2 terluka.
    lelaki kalo merajuk sudah di pujuk...huhuhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak