Anniversary ke 10
Yess... Esok dan lusa adalah cuti umum di Sarawak. Saya merancang untuk buat praktikal buat kek lapis yang dah saya belajar hari tu.. Kebetulan pulak esok Anniversary kami yang ke 10. Ada la jugak sebab untuk saya berbelanja lebih sikit beli bahan2 kuih. Jenuh jugak la cari bekalan gula di saat kritikal macam ni.. Alhamdulillah dapat sekilo kat kedai bawah pejabat. Kalau tak bermanja dgn aktiviti buat kek ni memang tak tahupun gula ada ke tidak kat pasaran. Konon2nya cita2 saya yang tinggi nak buat kek lapis cadbury macam yang selalu saya tempah dari biras saya setiap kali raya... Hmm.. adakah ia impian yang bakal menjadi kenyataan atau hanya setakat debu2 yang akan terbang ditiup angin petang?.. ?????