Ghuraba

Ghuraba' merupakan salah satu lagu nasyid bahasa Arab yang kerap didendangkan oleh pelajar2 sekolah saya dahulu.

Sayu sangat bila dengar suara kakak2 senior menyanyikan nasyid ni pada program2 tertentu. Dan kumpulan nasyid yang dianggotai oleh pelajar2 putera akan memeriahkan persembahan di dewan besar dengan gabungan pelbagai lagu nasyid termasuk lagu ini.

Saya juga kerap dengar lagu ni dari kaset nasyid underground (dirakamkan sendiri oleh kumpulan nasyid sekolah).
Seperti yang pernah saya catatkan pada entri terdahulu, waktu saya sekolah dulu, hanya berpeluang menikmati lagu nasyid dari sumber2 sendiri dan bukannya secara komersial seperti sekarang.

Walaupun secara underground, kemerduan suara penyanyi2 nya tidak kurang dan tidak kalah dari penyanyi komersial sekarang. Kami akan berlumba2 mendapatkan kaset2 tersebut sebaik sahaja ia muncul di "pasaran".

Tiba2 saya teringat pada kolej saya yang terletak di "bumi wakafan". Banyak yang saya belajar di situ. Kerana hendak melanjutkan pelajaran di sanalah saya terpaksa berpisah buat pertama kali dgn keluarga saya semasa usia saya baru 16 tahun. Di sana juga saya belajar adat budaya yang berbeza dari kehidupan mayarakat setempat saya.

Walaupun hanya dipisahkan oleh Laut China Selatan, tetapi kemudahan pengangkutan/ komunikasi di ketika itu (penghujung 80an) bukanlah seperti sekarang.

Tiada Air Asia, tiada internet, tiada telefon bimbit. Malahan untuk berhubung melalui talian tetap pun amat terbatas bila memikirkan kos yang tinggi. Balik berjumpa keluarga hanya setahun sekali.

Dan di saat itu saya benar2 seperti lirik nasyid tadi, ghuraba' ataupun seorang pedagang. Di dunia ini seorang muslim adalah sekadar seorang pedagang yang akan kembali suatu hari nanti ke negeri abadi, dan saya di kolej bumi wakafan adalah seorang pedagang. Saya akhirnya kembali ke tempat asal membawa keuntungan ilmu/ pengalaman yang saya perolehi di sepanjang perjalanan.

Comments

  1. Salam,

    O..saya pun ada lagu ni..ni tengah dengar hihi..

    ReplyDelete
  2. Bestnya... Sekarang akak cuma berpeluang dengar kalau IKIMfm pasang... Tapi jarang sangat... Akak memang suka lagu ni.. Walau tak ingat sangat lirik dia sebab dlm bahasa Arab, ungkapan ghuraba' kerap bergema di hati akak sampai sekarang..

    Dan semalam akak tangkap satu rangkap, "Ana jundullahi dauman".. Kalau tak silap,makna dia "Akulah tentera Allah sepanjang masa'... Isshh.. meremang roma akak.. Kira haunted song akak nih..

    Sakinah, kalau ada masa nanti post lirik dia kat blog Sakinah boleh?.. :). (akak tengah buat muka kesian nih.. :))

    ReplyDelete
  3. M.yah, cuba g link tok.Betul ka lagu tok? mun betul cb download ctok.

    http://www.4shared.com/file/195694737/6ac44601/Ghuraba_slow.html

    ReplyDelete
  4. thanks sis... sayu nya... layan.... :).. yang tuk slow pun... yang rancak ya nyuruh kita bersemangat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak