Posts

Showing posts from 2010

Back to School...

Salam 21 Muharram 1432H... Kembali mencoret... Kenapa senyap?... Sibuk?... Malas?... Andai ada yang bertanya (kalau ada), saya sendiri tak leh nak jawap... Setiap hari saya menjenguk blog dan menjenguk kemaskini rakan2... tapi jemari berat sangat nak menekan papan kekunci untuk menaip sebarang entri atau komen... Sebenarnya pelbagai persoalan menerjah benak saya setiap kali saya nak menulis entri... Apa sebenarnya tujuan saya menulis blog? Kalau nak berceramah, saya bukanlan orangnya kerana terlalu (dalam erti kata sebenar) banyak kelemahan yang menghuni diri saya... Kalau setakat nak mencoret sebagai bukti saya masih di sini, adakah ia membawa sebarang makna?... Oklah.. Enough for the slot Drama Minggu Ini... hehe.. Saya menulis kerana ingin mencatat pengalaman kehidupan saya untuk saya muhasabah (Quality Improvement) dengan harapan sekiranya ada yang membaca, akan menambah nilai kepada kehidupan mereka walau hanya secebis kebaikannya.. Kembali ke dunia nyata... "Bila nak potong ...

Kempen mencintai Masjid

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah... Sekembali dari bermusafir masih belum berkesempatan untuk memblog mengenai kembara tersebut... Secara ringkasnya memang seronok walaupun letih yang amat2... Banyak juga belajar dan muhasabah bagi kami suami isteri... Entri kali ini sekadar ingin mengingati diri untuk menanam semangat dan niat untuk mencintai dan mendekati masjid... Jangan setakat menunggu kelapangan untuk mendekati masjid tetapi cuba cari dan peruntukkan masa yang khas untuk mendekati dan memesrakan diri dengan masjid... Semoga diberi kekuatan... Insya'Allah...

Siri Bermusafir: Shah Alam

Salam musafir... Alhamdulillah akhirnya saya berpeluang mengemaskini catatan siri bermusafir saya... Insya'Allah saya akan mengemaskini status terkini dan yang tertinggal akan saya catatkan kemudian sekiranya berkesempatan... (selalunya kalau tangguh yang terkini, ada keberangkalian akan tertinggal terus) Sekarang kami sekeluarga sudah selamat tiba di rumah abang dan keluarga di Shah Alam aka rumah blogger Mys ... Kebanyakan followers kami sama, jadi mesti ada kawan2 yang kenal beliau... Terima kasih my sister-in-law... Di atas layanan anda sekeluarga.. letih semalam ya, sesat waktu nak jemput kami kat Bukit Jalil.. hehe... semoga diberkati Allah.. :) Nanti citer panjang lagi... Tapi secara ringkas, setakat ini musafir kami Alhamdulillah berjalan amat lancar.... Jumpa lagi.. Salam...

Siri Bermusafir: SMS dari Skudai

Salam... Semalam memang saya kelam- kabut bila mendapat tahu mengenai penginapan semasa bengkel di Melaka. Dalam kalut- kalut tu saya terlupa satu perkara. Menempah penginapan di Johor. Mengikut perancangan saya, kami sekeluarga akan sampai ke Senai pada sebelah malam dan keesokannya bertolak ke Melaka dengan bas. Memandangkan saya ada seorang rakan di Johor, saya rancang nak menginap sekejap di rumahnya memandangkan saya memang kenal rapat dgn dia dan suaminya. Dan saya yakin dia pun pasti akan mengalu- alukan kedatangan saya... (macam konfiden jer)... Kita merancang dan Allah turut merancang untuk kita. Dan Allah merupakan Sebaik- baik Perancang. Saya call kawan saya dan seperti biasa suaranya yang lembut menyambut panggilan saya. Bila saya cerita kat dia saya nak datang, dia memang excited. Tapi.... Hehe... Ada tapinya... Kebetulan pada hujung minggu ni dia dan beberapa rakan satu uni dulu (yang saya pun kenal) dah buat program nak berjumpa di PD. Dia pun serba salah sebab program t...

Siri Bermusafir: Cabaran Pertama

Salam... Penganjur bengkel call kata penginapan yang disediakan berkongsi dengan peserta lain. Alamak... Macamana ni.. Saya bawak satu famili.. takkan nak kongsi duduk dengan peserta lain... Mula2 saya pun tak faham kenapa kena kongsi sebab kadar bilik yang dinyatakan pada surat jemputan memang layak untuk saya... Bukan saya nak mempertikaikan penganjur, tapi sebab dah kebetulan saya bawak famili, saya cuba nak dapatkan penjelasan. Alhamdulillah penganjur pun memang cool dan boleh memberikan penjelasan kepada saya dengan sejelas- jelasnya. Tu pun selepas pemanggil pertama digantikan dengan pegawai lain... Hehehe.. Itulah saya.. Suami saya pun selalu cakap, saya ni sukar nak terima alasan macam tu jer.. mesti nak tahu sebab- musabab sampai puas hati... Dalam erti kata, cerewet lah tu... :).. Mungkin betul saya berada dalam kategori cerewet. Tapi bagi saya, biar kita dapatkan penjelasan dan tamat kat situ je dari timbul silap faham yang berpanjangan... Itu kata kita ya... Tapi kalau or...

Bermusafir

Assalamualaikum wa rahmatullah... Terkini: Pagi tadi dikejutkan dengan telefon dari emak. Datuk saudara meninggal dunia malam tadi.. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.... Sebelum kerja menjenguk bersama suami, dan adik dan suaminya. Semasa: Seketika saya tidak mengemaskini blog. Tapi saya tetap menjenguk kemaskini rakan2 sebagai pembaca senyap. Saya menyepi untuk muhasabah diri... :).. Dan kembali memblog untuk berkongsi cerita paling terkini. Semalam, awal pagi bos dah cari... Kebetulan saya datang lambat... Hehe.. Saspen pergi jumpa bos.. Bersih la saya diberus lepas nih... :) Masuk je bilik bos, tengok muka dia okay jer... Rupa2nya dia nak suruh saya gantikan dia menghadiri bengkel kat Melaka.... Jeng.. jeng.. jeng... (mula nampak mentol menyala..) Saya terus call suami... Sebenarnya kami memang merancang nak ambil cuti serentak minggu depan sempena cuti sekolah. Niat kami nak melapangkan masa bersama anak2 di rumah atau keluar berjalan2. Memang tak de rancangan nak melancong jauh....

9 Zulhijjah, Hari Arafah

Salam... Alhamdulillah saya rasa ceria sangat hari ni.... Kenapa ya?.. Kerana kali ni saya dipermudahkan Allah SWT untuk menunaikan puasa sunat Arafah. Kenapa pulak saya ceria sebab dapat puasa sunat Arafah?.. Sebab seingat saya, inilah kali pertama saya melaksanakan puasa sunat Arafah ni. Sebelum ni entah kenapa saya selalu ambil ringan dan sedar2 dah tiba Hari Raya Qurban. Di antara langkah2 yang saya buat supaya tak lupa ketibaan 9 Zulhijjah ialah: Awal2 mintak izin kat suami nak buat puasa ni... Buat entri kat blog pasal puasa ni... Buat peringatan dalam hp.. Malam tadi ajak suami keluar jap carik mee crispy sebab nak puasa hari ni.. (alasan.. hehe) Insya'Allah semoga selamat sampai ke petang... Salam....

Tiba- tiba teringat

Salam.... Saya tiba- tiba teringat suatu kisah... Seorang pedagang sedang di dalam perjalanan apabila melihat seseorang yang sedang memerlukan pertolongan. Dia berhenti untuk membantu kerana kasihan. Rupa- rupanya orang itu merupakan perompak yang sengaja berpura2 di dalam kesusahan untuk menarik perhatian orang untuk berhenti. Semasa disuruh mengeluarkan barang2nya yang berharga, pedagang tersebut menyatakan kepada perompak... " Aku tidak risau akan kehilangan barang2 berharga ini, tetapi aku bimbang sekiranya nanti ada orang yang betul2 di dalam kesusahan tidak akan dibantu lagi kerana bimbang ia hanya perangkap perompak..." Saya tidak pasti sumber cerita ini... Sekadar untuk renungan sejenak... Wallahua'lam...

Takut kubur gelap

Image
Salam... Tidak seperti Fatihah, Maryam "liat" sedikit nak mula belajar solat. Setiap kali diajak menyertai kami solat berjemaah, dia akan mencari pelbagai alasan. Namun, Alhamdulillah sekarang lebih mudah nak ajak dia solat... Sebabnya?... Ceritanya begini..... Kami sekeluarga pernah bercerita pasal kehidupan di alam barzakh semasa membaca buku mengenai tajuk tersebut. Sebenarnya anak- anak yang mula bertanya mengenai kehidupan di alam kubur apabila kami singgah menunaikan solat di sebuah masjid yang dikelilingi kawasan perkuburan. Nak cerita pun tak begitu arif sangat menyebabkan saya dan suami mencari buku mengenai alam barzakh. Dan bila dah jumpa dan suami bercerita serba sedikit mengenai alam barzakh, pelbagai pertanyaan keluar dari mulut anak- anak. Sehingga keluar isu bahawa kubur tu gelap dan banyak haiwan2 berbisa. Tapi kalau kita rajin menunaikan solat, kubur kita akan terang - benderang dan haiwan berbisa pun takut nak datang. Memang ilmu mengenai alam kubur ni ter...

Sapa nak beli insuran ni?..

Image
Salam... Hari tu saya pernah buat entri mengenai insuran, kan?.. Kali ni saya nak cadangkan satu cara untuk menyertai salah satu plan insuran yang melayakkan kita untuk mendapat perlindungan di hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah. Salah satu pelan insuran tersebut ialah membanyakkan bersedekah tanpa diketahui sesiapa sehingga dikatakan tangan sebelah pun tidak tahu yang tangan sebelahnya telah bersedekah... Semasa blogwalking saya terjumpa dengan laman web yang memaparkan imej seperti di bawah: Dengan hanya memperuntukkan RM10 sebulan Insya'Allah melayakkan kita untuk dipertimbangkan untuk menyertai skim insuran tersebut. Caranya senang sahaja (terutama untuk yang memilik akaun Maybank): 1. Log in ke dalam MBB2u di laman www.maybank2u.com.my. 2. Pilih Third Party Transfer 3. Dapatkan no TAC 4. Masukkan no akaun dan jumlah yang dikehendaki (RM10) 5. No akaun yang tepat akan memaparkan nama Tabung Palestin Haluan 6. Klik Confirm. Kalau nak buat secara konsiste...

Panggilan Haji

Salam... Bersempena dengan musim haji sekarang ni, saya nak kongsi apa yang saya dah lakukan hari ni yang berkaitang dengan ibadah haji yang merupakan salah satu Rukun Islam. Pagi tadi saya temankan suami buat pengeluaran di Tabung Haji. Terus kami ambil peluang untuk daftar haji. Nak tau tak tahun bila kami dijangka akan dipanggil? V V V V V V V V TAHUN 2035 Betul ... 25 tahun lagi... Lama tu.... Kira punya kira, waktu tu saya berusia 63 tahun... Ya Allah.. Merasa ke saya nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci ni? .... Semoga ALlah permudahkan urusan dan niat kami suami isteri untuk menunaikan ibadah haji... Jadi, pengajaran kat sini, sesiapa yang belum mendaftar tu, sebaik2 nya daftar lah segera asalkan duit kat tabung haji dah mencecah RM1,300. Bila2 nak pegi cerita kemudian.... Kita setakat merancang, Allah jua yang menentukan... Salam...

Puasa Sunat di Hari Arafah

Salam... Saya nak berkongsi maklumat kat sini untuk peringatan saya sendiri... MAklumat ni saya rujuk dari Utusan Malaysia.. Daripada Abi Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang." (Riwayat Muslim) Untuk makluman semua termasuk saya, hari Arafah ialah 9 Zulhijjah yang mana pada tahun ini jatuh pada 16 November 2010 hari Selasa. Jadi, sapa2 yang berniat nak puasa sunat pada hari Arafah, ingat ya tarikh ni.... 16 November 2010, hari Selasa.. Salam.....

Jeng.. jeng.. jeng...

Salam... Sebenarnya saya buat entri lain, tapi lepas tu saya save dan simpan kat draf jer. Jadi, untuk ganti entri tu saya nak buat entri pasal apa yang dah saya buat sebentar tadi.... Apa saya dah buat?.. Saya baru jer buat order online untuk barangan kraf kain felt. Sebenar saya belum pernah pun cuba buat benda kraf felt ni (kraf lain pun belum pernah buat.. :))... Saya tahu pasal benda ni bila saya buat aktiviti blogwalking.... Tup..tup.. teringin pulak saya nak cuba bila tengok benda2 yang comel2 tu... Harap2 nya ia tak menjadi koleksi bahan mentah yang akan menghiasi stor saya.... :) Dah order dan bayar terus... Kira2 dalam tiga empat hari lagi sampailah kot.. Insya'Allah... Sekian, terima kasih.. :)

Bicara Pedusi

Image
Salam... Kalau hari tu kali pertama saya sertai giveaway, kali ni kali pertama pulak saya sertai contest.. Saya tertarik nak sertai contest ni sebab hadiahnya ialah sebuah buku yang baru diterbitkan di luar negara... Nak tau lebih lanjut mengenai contest ni, sila klik di sini ... +++++++++++++++++++++++++++++++++++++ [1] Letakkan gambar buku "Bicara Pedusi" di dalam blog anda. Saya dah letakkan satu gambar kat dalam entri ni dan satu lagi kat sidebar blog saya.. [2] Tuliskan sebab-sebab "Kenapa Saya Perlu Mendapat Buku Ini Dari Puan Insyirah?" Sila rujuk di bawah.. [3] Ayat 'gorengan' mestilah lebih dari 200 patah perkataan . Sila gunakan kreativiti anda untuk 'memancing' ana supaya memilih karangan anda untuk mendapatkan buku ini. Ingat! Kalian satu-satunya yang memiliki buku ini di Malaysia (selain adinda ana). Percuma pula tu... Haih, tak nak ke? ^_~ Kenapa saya perlu mendapatkan buku ini dari Puan Insyirah? Sebab utama saya perlu mendapatkan b...

Dah ambil skim insuran ni?.

Salam... Kali ni saya nak jadi ejen skim insuran terkini.. 7 golongan yang akan mendapat lindungan Allah di hari yang tiada satu pun perlindungan melainkan perlindungan Allah (swt): Imam yang adil Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah swt Lelaki yang hatinya terikat dengan masjid dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah semata-mata Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan menolak godaan itu semata2 kerana takutkan Allah swt Golongan yang banyak bersedekah Golongan yang banyak membaca berzikir mengingati Allah swt (Hadith Bukhari dan Muslim) Jadi, terpulang untuk kita memilih sekurang2 nya satu dari skim insuran di padang Mahsyar di atas..... Wallahua'lam...

Sukarnya...

Salam.. Satu khabar yang saya terima di hujung minggu ini mengajar saya betapa sukarnya kita nak melaksanakan apa yang kita ucapkan.... Begitu mudah melafazkan/ menyarankan kita harus berbuat begitu begini untuk mendapat keredhaan Allah, namun apabila sesuatu berlaku yang memerlukan kita melaksanakan saranan tersebut, ternyata hati kita mula berkira.... Semoga Allah meredhai keputusan/ tindakan yang telah kami suami isteri ambil dalam menangani hal ini.... Insya'Allah....

Yess..

Salam.. Ingat tak dengan entri saya terdahulu mengenai stimbot dan gril?... Guess what?.. Saya baru teringat, malam ni kami nak bawa anak2 dan kakak makan stimbot dan gril.... Seronoknya.. (lebih2 lah pulak).. Tak sabar nak tengok budak2 dan kakak ternganga seperti saya hari tu.... Sekian, terima kasih... :)

Seram

Salam.. Pernah tak kita tonton cerita seram?... Mesti pernah, kan... Selalunya "benda" ni bila menjelma konon2nya akan menjelma dalam bentuk yang cantik contohnya perempuan yang cantik. Lepas tu pulak akan ada watak "pakar" yang boleh tengok rupa asal "benda" ni yang menakutkan... (Kononnya..) Kenapa saya cerita pasal ni?... Sebenarnya saya terfikir mengenai konsep dunia yang sementara ni... Semuanya nampak indah2 belaka... Seronok... Sehingga rasa sayang nak ditinggalkan... Tapi seandainya kita tahu tarikh akhir kita berada di dunia yang sementara ni, agaknya sama tak lagi nilai dunia ni di mata kita?... Takde lah maksud saya ingatan kepada mati menyebabkan kita terus meninggalkan sepenuhnya urusan dunia, dan terus 24 jam berada di tikar sejadah... Namun, kesedaran dengan hakikat kematian pasti akan menyedarkan kita bahawa kita tidak seharusnya bermatian2 mengejar dunia kerana semua itu akan ditinggalkan. Malahan, kesedaran tentang hakikat kematian sepa...

Kawan Lama

Salam... Baru semalam saya berhubung kembali dengan jiran sebelah katil sewaktu duduk di asrama semasa saya belajar di tingkatan empat... Lama tu.... Dah hampir nak suku abad... Ceritanya, rakan sebatch saya telah buat satu page kat facebook untuk batch kami. Kebetulan dia rakan sekelas saya, dia pun invite saya ke dalam group tu.... Bila dah join, saya pun menerima pelbagai makluman untuk setiap posting kat situ... Malam tadi saya bersiar2 lah kat situ membaca pelbagai posting yang kebanyakannya dibuat oleh pelajar lelaki (pelajar ikhwah adalah gelaran untuk mereka semasa saya belajar di situ dulu)... Tiba2 saya terbaca posting yang menyebut nama sama dengan jiran sebelah katil saya tetapi memiliki gelaran doktor di depannya. Hamba Allah ni pulak ada jugak reply posting tu.. Untuk mengelakkan dari tersilap orang, saya klik ke profilnya tapi disekat untuk bukan rakan. Jadi, saya cuba tengok gambar profilnya pulak... Macam CSI pulak saya... Alhamdulillah gambar profilnya memaparkan gamb...

Mama, beli pembaris....

Salam... Esok hari pertama Fatihah ujian akhir tahun. Dan bermulalah permintaan nak beli alatan sekolah. Ujian lepas rasanya beli pensel warna. Kali ni pulak beli pembaris. Dah lah esok nak ujian, petang ni baru nak cakap. Bila pulak nak beli... Saya tanya, selama ni pakai apa? Dia jawab apa?... Pakai tepi kad... Hah?.. Kesiannya anak aku.... Saya takut tak sempat nak beli, mula buat otak kreatif... Nampak gayanya kena pinjam pembaris keje mama lah dulu. Nanti kalau jumpa kedai, Mama beli.... Selamat menjalani peperiksaan ya Fatihah... Semoga ALlah permudahkan... Insya'Allah..

Dr Muhaya Mohamad

Salam.. Siapakah Dr Muhaya Mohamad ni?... Dr Muhaya Mohamad merupakan seorang doktor pakar mata yang terkenal di Malaysia. Boleh rujuk laman web beliau di sini . Yang saya nak bicarakan di sini bukanlah mengenai kepakaran beliau di dalam bidang perubatan khususnya mata. Sebaliknya saya ingin menyentuh mengenai pendekatan dan pandangan beliau mengenai keindahan Islam dari sudut pandang beliau sebagai seorang pakar mata tersebut. Sebenarnya lama dah saya "jatuh cinta" dengan pendekatan Dr Muhaya. Saya mula mengenali beliau melalui Segmen beliau di IKIM.fm iaitu "Islam itu Indah". Buat masa ini, beliau akan ke udara pada pukul 10.oo pagi setiap Rabu. Setiap kali beliau ke udara, saya akan memastikan saya mengikuti segmen tersebut dari mula sehingga ia berakhir. Saya tak pasti pun berapa lama program tu ke udara sebab kalau boleh saya memang tak nak ia berakhir. Rasa tak puas nak dengar pandangan2 Dr Muhaya dalam segmen tu. Yang saya suka ialah pendekatan beliau mengena...

Radio Ikim

Salam... Semalam, balik dari kerja saya singgah di rumah mak kerana menziarahi abang saya yang balik kampung. Seperti biasa, selepas salam dan muah muah dengan mak, saya masuk bilik jenguk abah. Nak salam dan muah muah abah pulak... Memang semenjak abah kurang sihat, dia lebih gemar duduk di bilik sahaja berehat2. Suatu masa dulu saya pernah bincang2 dengan suami nak hadiahkan abah radio untuk temankan dia kat dalam bilik. Nanti dia boleh dengar radio IKIM yang memang tidak dinafikan banyak sangat maklumat yang disebarkan. Tapi bila borak2 dengan adik, dia pulak berpendapat belikan tv untuk Abah... Jadi, hilanglah isu tu... Kat rumah bukan takde radio, tapi radio tu memang radio lama yang saya beli sewaktu saya mula2 masuk kerja dulu (berkurun lama)... Alkisahnya, waktu saya masuk bilik jenguk abah semalam, saya terkesan sesuatu yang berbeza. Saya toleh kiri.. saya toleh kanan... Rupanya ada suara asing kat dalam bilik tu... Saya toleh lagi.. saya toleh lagi.... sekali tu saya tengok r...

Steamboat and grill

Salam.. Malam semalam, saya dan suami keluar sebentar untuk isi minyak kereta saya dan buat urusan di mesin atm. Dalam perjalanan balik saya teringatkan Maryam yang suka makan roti bawang putih. Suami terus membelok untuk singgah di kedai kek berdekatan. Nak jadi cerita, saya terpandang sebuah kedai makan stimbot. Saya tak pernah makan stimbot tapi suami pernah beberapa kali diajak kawan2nya. Dia pun memang pernah cakap nak bawak saya makan stimbot tapi belum lagi terlaksana. Tup2 malam tadi suami terus ajak singgah kat situ. Saya pun ikut je le. Memang suci dalam debu betul pengalaman saya dengan stimbot ni. Tak tahu langsung apa benda dan konsepnya. Masuk2 je kedai, suram2 je pencahayaannya... Kira ambik feel romantika kot. Tengok meja dia istimewa sikit. Kat tengah dia ada lubang sebesar bola golf. Lepas tu kat dinding dekat meja searas lutut pulak ada suis. Masih blank lagi nih. Datang le sorang pelayan bawak menu. Baca2 dalam tu, ada set untuk seorang (RM19.90) dan set "karni...

Hadirmu bermisi

Dari waktu ke waktu jiwa yang kontang dihambat resah dan gelisah gemerlap permata dunia kemilaunya menyilau pandang aku di sini berlari dan berlari mengejar mimpi dan pelangi pagi laut angan tak bertepi kembalilah jiwa yang alpa hadirmu bermisi lahirmu bervisi memakmurkan bumi kerana Illahi.

Bahagiakah saya?.

Salam... Hujung minggu lepas saya "berdrama" dengan Fatihah. Fatihah merupakan anak yang sulung, jadi banyak situasi saya bersamanya merupakan yang pertama. Mungkin kerana dia anak yang sulung, saya cenderung untuk mengharapkan yang terbaik darinya sejak mula. Kerap, apabila timbul keadaan yang memerlukan saya menegurnya, saya akan "berceramah" seperti saya berbicara dengan orang yang lebih dewasa. Hasilnya, ia kembali kepada saya semula. Maknanya, apabila Fatihah meluahkan perasaannya, dia akan menggunakan istilah2 yang "dewasa" seperti konsep kebahagiaan. Jadi, hujung minggu lepas, apabila saya menegurnya, dia pun meluahkan "masalah"nya di sekolah yang menyebabkan dia tidak bahagia... Alamak... Saya pun mula menyusun ayat... Hakikatnya, setiap kali saya "berceramah" dengan Fatihah, saya sebenarnya menegur diri saya sendiri... Kerana setiap apa yang saya luahkan, turut didengar oleh telinga saya sendiri. Dan hari itu saya menyedari hak...

Buku tanda2 kematian semakin dekat

Salam.. Seorang kawan sedang mencari2 bahan bacaan yang berkaitan dengan tanda2 kematian semakin hampir. Seperti yang saya kongsikan di blog sebelum ini, saya memiliki sebuah buku mengenai persediaan akhir menghadapi kematian, tapi tak pulak memiliki buku seperti yang dicarinya. Tapi, sebab saya memang selalu menziarahi kedai buku, saya cakapkan padanya yang saya akan cuba cari buku berkaitan. Semalam, saya pun menjenguk kedai buku yang selalu saya lawati. Puas jugaklah saya pusing2 kat rak2 yang berkaitan... Tapi, saya tak jumpa pulak buku tu... Mungkin ada sesiapa pembaca yang pernah terjumpa buku ni dan cadangkan kepada saya tajuknya untuk dicari. Namun, janji Allah itu pasti... "Sekiranya ajal itu sampai, tidak akan dipercepatkan sesaat atau dilewatkan sesaat." Wallahua'lam...

Lemahnya saya...

Salam... Pagi tadi saya membaca hadith Rasulullah saw mengenai sebaik2 muslim ialah yang memberi salam kepada Muslim yang lain samada yang dikenali atau yang tidak dikenali. Jadi, bila berjalan2 tengahari tadi saya cuba nak laksanakan perkara ni. Bila singgah untuk solat Asar di Musolla pusat membeli- belah tu, saya niatkan nak bagi salam kat sapa2 yang ada kat situ. Tapi, bila saya siap dah tunaikan solat, bila tengok diaorang borak2 sama sendiri, timbul segan pulak di hati saya nak menegur dan bagi salam.... AKhirnya, saya terus keluar tanpa menegur mereka sebab masih dikuasai rasa segan... Lemahnya Iman saya...

Kaum- kaum yang Pupus

Image
Salam... Ingin berkongsi sebuah buku yang amat menarik. Baru sahaja dibeli oleh suami semalam. Ia mengisahkan mengenai sembilan (9) kaum yang disebutkan oleh AL-Qur'an yang telah pupus. Walaupun belum berpeluang membaca buku tersebut, tetapi dah dapat gambaran sedikit sebanyak mengenai isi buku tersebut melalui ulasan secara langsung dari suami sepanjang pembacaannya. Juga melalui pelbagai gambar yang diselitkan di sepanjang pengisahan buku tersebut. Sebagai contoh, di atas merupakan gambar2 Tasik Nai Lut yang diambil dari Satelit. Ini pula merupakan mayat2 yang menjadi batu sebagai kesan2 peninggalan Pompeii. Kisah Pompeii juga dikupas walaupun ia tidak disebutkan di dalam Al-Qur'an. Ia diulas oleh penulis sebagai kesan kehancuran yang menyamai kehancuran Kaum Nabi Lut. Walaupun belum membaca sepenuhnya, ternyata gambaran2 yang diberikan telah menarik perhatian bukan sahaja saya sendiri tetapi anak2 yang tertarik untuk bertanya dengan lebih lanjut. Malahan Fatihah telah mula2 ...

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Image
Salam.. Suami saya memang minat sangat kat tulisan HM Tuah Iskandar ni... Setiap buku memang dia tak miss... Saya pulak memang tak baca buku motivasi ni.. Tapi novel dia saya baca... Bila suami saya tengok saya buat jualan online, dia tawarkan buku- buku koleksi ni untuk sesiapa yang berminat untuk dapatkan dengan harga yang murah... Buat Sampai Jadi- HM Tuah Iskandar Jangan Tidak- Tidak - HM Tuah Iskandar Membina Cinta Sayang- HM Tuah Iskandar Nak Jadi- Jadi- HM Tuah Iskandar Sendiri Mau Ingat- HM Tuah Iskandar Setiap buku berharga RM5.00 dan kos penghantaran RM5.00 sahaja untuk setiap buku. Boleh juga disatukan dengan pembelian buku novel kanak2 terpakai. tapi kalau 3 buku, kos penghantaran RM10 sahaja. Mintak maaf di atas mutu gambar kerana ia diambil oleh jurugambar amatur (Maryam)... :) Ada Bagus Bagusss - HM Tuah Iskandar Membina Peribadi Anggun- Hm Tuah Iskandar Jangan Main- Main- HM Tuah Iskandar Membina Personaliti Terbilang- HM Tuah Iskandar Stefa Isle- HM Tuah Iskandar Sela...

Bersedia kah anda?.

Image
Bersiar2 di kedai buku merupakan salah satu terapi untuk saya dan suami... Hobi ini jugaklah yang mendorong saya untuk bergiat dalam jualan buku online. Sekurang2nya, sekiranya ada tempahan, maka akan ada sebab untuk kami bersiar2 di kedai buku. Dua tiga hari ni suami sibuk di pejabat. Saya pun lebih kurang... Jadi, balik kerja tadi selepas maghrib kami "kenyit2" untuk keluar sebentar buat terapi. Anak2 tinggal sebab malam tadi kami dah bawa sekeluarga untuk makan kat luar. Ronda2 kat kedai buku, saya terjumpa sebuah buku yang saya rasakan menarik dan berbaloi untuk dibaca dan disimpan sebagai rujukan sepanjang masa. Buku apa agaknya tu ya? Ini dia buku yang saya maksudkan.. Kenapa saya katakan buku ini amat relevan untuk saya baca dan simpan untuk rujukan sepanjang masa?.. Saya cakap macam tu sebab saya rasa setiap masa kita patut menganggap bahawa kita berhadapan dengan hari2 akhir kematian... Setiap diri akan merasai mati.. Itu janji Allah swt di dalam Al-Qur'an.. Sete...

Sapa ni?

Salam pagi Rabu.. Saya masih terperanjat... Tadi semasa balik dari temujanji klinik Asiah, saya disapa oleh seorang anak muda di depan lif. Saya tengok muka dia kut2 lah kenal... Budak ni sengih2 jer siap tunjuk nama kat tag kemeja dia... Konfiden je dia kenal saya... Saya pun tengok macam pernah tengok.... Sekali tu dia sebut nama mak dia... Memang terperanjat... Rupa2nya dia tu anak sepupu saya... Kira anak saudara la.... Bukan sepupu jauh pun... Berkongsi nenek yang sama dan mak saudara saya (nenek budak ni) tiap2 minggu datang rumah tolong mak saya jaga nenek saya (moyang dia). Subhanallah.. Masya'Allah... Patut le saya rasa familiar.. Dulu2 saya memang ziarah rumah dia kat kampung setiap kali raya.. Tapi waktu tu dia masih kecik sangat.. comot pulak tu.... Dah budak2 memang lah comot ye dak... TAdi saya tengok dia dah besar.. Sangat tinggi pulak dari saya yang memang dah sedia "comel" ni. Pakai pulak baju kemeja pejabat.... Mana lah otak saya dapat letakkan imej la...

Berdiri ke duduk?

Salam... Mari kita kongsi cerita yang baru saya baca... Macam menarik pulak isunya. Selama ni kita tak kisah pun kan, nak duduk ke nak berdiri... Kalau ada kerusi, duduk. Kalau tak de, pilihannya berdiri lah ya. Alkisahnya, dalam saya keluar masuk buat kerja, saya pun curi masa sikit baca suratkhabar (sambil berdiri).. Dan yang menariknya, tetiba je pandangan mata saya menangkap satu artikel mengenai kecenderungan masa kini untuk melakukan kerja sambil berdiri. Berdiri dalam erti kata dia memang tak duduk dah.. Diorang nih kerja kat pejabat pakai meja yang tinggi. Kenapa pulak timbulnya gaya hidup baru ni?. Menurut artikel tersebut, pengamal gaya hidup berdiri ni berpendapat bahawa ia mendorong mereka untuk lebih fokus, mencegah rasa mengantuk dan meningkatkan yakin diri. Dari sudut lain pula, artikel ini turut menyentuh mengenai pandangan2 pengkaji ergonomik secara ilmiah yang percaya bahawa duduk dalam tempoh yang lama menjadi punca kenaikan kadar penghidap diabetes, obesiti dan pen...

Koleksi Novel Kanak- Kanak Terpakai

Image
Semalam saya janji nak buat review buku terbaru di pasaran. Tapi nampak gayanya buat kedai online pun macam buat kedai betul2 jugak.. Mesti ada cabaran... Sekarang Asiah asyik nak berkepit jer.. jadi saya tangguh kan dulu ya... Hari ni saya bukak citer lain dulu... Nampaknya Fatihah pun berminat nak menyumbang untuk kedai ni.. Jadi malam tadi dia selongkar koleksi novel kanak- kanak yang dia dah habis baca untuk dipamerkan untuk jualan. Buku- buku ni dianggap jualan clearing stock sebab suami nak cari ruang untuk buku2 baru yang belum dimasuk ke rak di rumah kami. Setiap buku berharga RM5.oo dan kos penghantaranRM5.00 sahaja untuk setiap buku. Tiga buah buku pula kos penghantarannya RM10.00 sahaja. Sila cuci mata ya.. Siapa cepat dia dapat ya... Setiap tajuk ada satu jer salinan... :).. Malam nanti saya upload lagi... Ni kita jamuan pembuka selera dulu... Salam.....

Produk baru

Salam.. Semalam waktu uruskan tempahan (chewah), saya dan suami terpandang buku kanak2 terbaru... Dah ambik gambar tapi belum sempat nak buat review. Tapi nampak macam menarik sebab Fatihah pun dah khusyuk membaca sejak semalam... Insya'Allah malam ni saya cuba upload dan buat review sekali....

Pelanggan Sulung

Image
Salam hujung minggu... Alhamdulillah, hari ni saya menerima tempahan yang pertama untuk kedai online saya. Ehhm... Ehm.. Along..Its you... Thanks again.. :).. Dah.. pegi belajar.. jgn nak ngelat... Petang tadi saya dan suami terus dengan bersemangatnya mendapatkan bekalan dan peralatan untuk penghantaran... Anak2 pelanggan saya ni lebih kurang seusia anak2 saya.. Ketiga2nya perempuan pulak tu.. Jadi saya memang arif sangat le dengan budak2 seusia ni.. Kalau dapat bungkusan yang dibungkus cantik mesti suka sangat... Sebab tu lah dalam gambar tu ada wrapping paper... Kira nak surprisekan budak2 tu la... Tapi kan Along, dalam keghairahan saya beli mende2 tu tadi, saya tak perasan sgt temanya.. Dah sampai rumah baru le sedar... Jadi, saya mintak mahap siap awal2 la ya, kalau Along tak puas hati dgn wrapping tu... Haa... Dah siap dah... Esok pagi, suami menawarkan untuk hantar ke pos... Tak sempat nak ambik gambar yang dibungkus dgn kertas hadiah tu... Tapi tak pe ler.. Boleh surprisekan A...

Siri Kisah 25 Rasul

Image
Salam semua... Kali ni saya nak bercerita pasal set buku kanak2 yang menarik untuk kanak2 mahupun kita yang dewasa. Sebenarnya suami saya lama dah belikan set ni untuk Fatihah. Tapi yang sebenarnya dia sendiri yang nak baca.. he he.... Siri Kisah 25 Nabi ni terdiri dari 24 buah buku mengenai 25 Nabi- Nabi. 1.Nabi Adam AS Bapa Manusia 2. Nabi Ibrahim AS Kebal Dijilat Api 3. Nabi Ishak AS dan Nabi Yaakub A.S yang Luar Biasa 4. Nabi Musa AS dan Rahmat Tuhan 5. Nabi Syuib AS dan Kaum Madyan 6. Nabi Zulkarnain AS Membina Tembok Besi 7. Nabi Ayub A.S Dengan Kesabarannya 8. Nabi Idris AS dan Nabi Ayub AS 9. Nabi Ismail AS Rela Disembelih 10. Nabi Nuh AS dan Bahteranya 11. Nabi Yunus AS ditelan Ikan Nun 12. Nabi Zulkifli AS Berpegang Teguh Pada Janji 13. Nabi Harun AS Pendakwah Terbilang 14. Nabi Ilyas AS dan Nabi Ilyasa' Yang Penyabar 15. Nabi Lut AS dan Kaumnya 16. Nabi Soleh AS dengan Unta Ajaibnya 17. Nabi Yusuf AS Gemilang Takwanya 18. Nasihat Luqman AS kepada Anaknya 19. Nabi Hud AS...

Kedai Online Saya

Image
Salam pagi Sabtu: Alhamdulillah hari ni rasa sihat dan bersemangat nak kembali memblog. Hari ni saya nak buat cerita baru... he he.. Bermula hari ini saya akan memulakan perniagaan on-line saya. Kedai saya boleh dilayari di sini . Buat masa ni saya bermula dengan beberapa item; CD Maher Zain- Thank you Allah RM27.90 Siri Cerita Pendek Dalam Al-Qur'an untuk Kanak- kanak & Dewasa RM29.90 Siri Mudah Belajar dan Mengajar Bahasa Arab Al- Baghdadi RM28.90 Aktiviti ni merupakan satu lagi cara saya untuk mempelbagaikan aktiviti kehidupan. Sebenarnya kedai saya ni lebih dianggap perkhidmatan mendapatkan barangan bagi golongan yang tidak mempunyai kelapangan untuk menjenguk kedai sebenar. Memandangkan saya dan suami memang aktiviti masa lapang menjenguk dan mengintai kedai buku, jadi saya terfikir nak cuba bidang ni... Dan lagi satu, kalau ada siapa2 yang ada masalah nak mencari buku, hubungi saya dan berikan maklumat berikut: tajuk nama penulis nama penerbit Saya akan cuba cari dan ma...

Calling Ibu Mai

Image
Anak buah saya yang baru... Adik saya yang keempat baru jer melahirkan petang tadi.... Baby boy... Alhamdulillah... Dah 3 puteri sebelum ni dan sekarang dah dapat baby boy... Wan Farmtown.. he he he.. Kakak2 yang berwajah amat bangga dan nenek di belakang sebagai heroin (seperti biasa.. )

Demam

Salam Zulkaedah... Malam Ahad lepas saya tiba2 tak sedap badan. Suhu badan naik tetapi saya pulak menggeletar kesejukan. Suami dah tidur nyenyak jadi saya malas nak kejutkan. Jadi, sepanjang malam tu saya tak dapat tidur dengan nyenyak. Esoknya suami terperanjat sebab suhu badan saya memang tinggi sedangkan malam semalam okay jer. Dia nak bawak ke klinik tapi saya malas nak pegi... Biasa le tu, kalau anak2 demam, kecoh nak bawak ke klinik.. Tapi kalau diri sendiri, macam2 alasan dibuat supaya tak payah pegi. Selain dari badan panas, saya rasa ok. Malahan selsema dan sakit tekak saya dua tiga hari sebelum tu pun dah hilang. Kebiasaannya saya memang jarang telan aspirin kalau setakat pening kepala biasa, tapi untuk menghalalkan "ketidak pergian" saya ke klinik, saya telan le sebiji aspirin yang ada kat dapur. Alhamdulillah lepas tu, suhu badan saya turun. Dah macam biasa. Tapi badan saya rasa lemah dan kepala pulak berdenyut2. Semalam, saya cakap kat suami, saya nak ambik cuti...

Sapa Mak Isah?

Telefon bimbit saya berdering... Suami: Siapa Mak Isah? Saya terkedu jap. Tak leh nak tangkap apa tu. Yang saya tahu, nenek saya namanya Mak Isah. Oooo... Lepas tu baru saya teringat pasal giveaway yang saya menang hari tu. Alhakikatnya, saya memang belum cakap kat suami. Konon2 nak surprise sebab saya memang niat nak hadiahkan wallet Adidas tu kat dia. Tup2 parcel tu datang waktu saya kerja dan suami saya pulak memang balik tengahari sebab dia ambik Fatihah dari sekolah. Saya pun tak tengok lagi barang tu.. Konon2 nak surprise suami, akhirnya saya sendiri yang disurprise.. Padan muka saya.... p/s: Mak Isah, nampaknya wallet Adidas Mak Isah dah sampai ke tangan tuannya yang baru aka suami saya. :).. Tkasih ya Mak Isah.. nanti balik saya tengok dan update... (Fuhhh..terperanjat aku..:)

Projek Hujung Minggu

ha ha.... Saya lagi... Hari ni saya diberi "cuti", jadi waktu tengahari yang panjang ni saya gunakan untuk spam sahabat2 yang begitu berbaik hati mengikuti blog "gitu2 jer" saya ni. Saya teringat kata2 hikmah yang Ustaz Rujhan ketengahkan semalam: "Sikap suka menangguh merupakan pintu kepada kerugian" Kenapa saya cakap pasal sikap bertangguh ni? Hakikatnya, itulah sikap saya yang amat sukar nak diubah.... Dah berhari2 ni saya "berangan2" nak memulakan pelbagai projek jahitan saya. Tak de pandai sangat pun menjahit.. Tapi dah ditambah lagi dengan sikap "terpuji" saya tu, maka tidak bergerak seinci pun lah projek impian saya. Malam bertukar siang, siang bertukar malam, minggu bertukar minggu, habis macam tu jer. Rugi kan?... Banyak sangat alasan yang saya ciptakan untuk menghalalkan sikap menangguh saya ni. Baru jer nak duduk kat depan mesin jahit, nanti Asiah mula la "tolong" sekali. Jadi saya pun tak leh nak fokus... Ha... mar...

Saspens

Saya sedang dalam mode saspens... he he... Kenapa agaknya tu?.. Sebabnya saya baru jer beli cd maher zain dan mp4 al-qur'an digital online.... Saya saspens sebab ini merupakan kali pertama saya beli benda digital guna online... Macam mana agaknya produk tu nanti yek?.. Saspennnnnn..... Memang sentiasa le rerama cumel terbang melayang2 di perut saya sehingga lah tempahan saya tu sampai ke tangan saya dan dilihat kualiti barangnya.. Alamak.. Apa aku dah buat ni?...... Hiii!!!!...... Saspen!!!!!....

Hati- hati dengan hati

Salam tengahari Jumaat.. Apa cerita pasal hati ni? Sebenarnya semalam saya terdengar segmen tajaan kat IKIMfm mengenai ubat hati. Seperti biasa, kalau segmen ni, memang saya tak de nak ambil kisah sangat. Kalau dengar pun, kat hujung2 telinga jer ler. Sebab tu le saya sempat dengar sikit je yang penaja tu cakap. Memandangkan dia jual tonik hati jadi dia pun cakap le kepentingan menjaga hati ni. Kegagalan hati berfungsi akan menjadi punca pelbagai penyakit seperti Hepetitis dan demam kuning. Memang sah saya tak dengar sangat. Tak berani lak saya nak tulis lebih2... Apa2 pun, sebenarnya saya nak berkongsi mengenai hakikat pentingnya hati dalam kehidupan manusia. Rosak hati, maka kita akan menderita. Semoga Allah menganugerahkan kita nikmat sihat dan memberi kesabaran seandainya diuji dengan sakit. Kebetulan atau suratan pagi tadi Segmen Motivasi pun menyentuh mengenai topik yang sama. .....HATI .... Kata Ustaz Rujhan, "Sekiranya hati kita adalah air, jangan biarkan ia keruh, se...