" Saya terpaksa kurangkan komisyen awak kerana kos barangan telah meningkat", Encik Syarif bersuara tegas. Memek mukanya jelas menunjukkan kerisauan seolah-olah hanya dia seorang yang menghadapi masalah barang mahal. "Baik encik, saya faham. Keputusan ini pasti mampu membantu kedudukan kewangan syarikat secara keseluruhan", Mamat mengangguk-angguk kepalanya menunjukkan yang dia faham masalah majikannya. Kalau boleh, mahu dia memberi kesemua wang gajinya untuk membantu meringankan beban majikannya. Namun jauh di dalam hatinya berbisik, "Tambah pokai lah nampaknya aku". "Untuk mengurangkan beban awak, saya akan bayar upah awak setiap minggu bukan secara bulanan seperti sekarang," serentak air muka Encik Syarif bertukar lembut. Dia betul-betul mengambil berat mengenai kemaslahatan pekerja bawahannya. Maklumlah, semua pekerjanya bergantung hidup dengan gaji yang diperolehi dari syarikatnya. "Alamak encik, kebanyakan perbelanjaan saya diatur...