Monday, July 21, 2008

Kenapa?

Menatap akhbar pagi ini
mataku hanya menyorot
ruangan gosip artis
yang sudah jelas
ketidakjelasannya

Menonton televisyen malam tadi
langkah kuorak
ke kamar tidur
saat jarum jam berengsot
ke angka lapan

ingin aku berteriak
biar jiran sebelah terdongak
adakah aku golongan alpa
yang tidak lagi berminat kepada fakta
yang terpapar di media perdana?...

3 comments:

  1. Sesungguhnya paparan media ketandusan fakta malah kaya dengan AUTA!!!

    ReplyDelete
  2. Hangat nampak...:) Yang masih terngiang-ngiang di telinga saya, "Rakyat tetap cukup makan,". Adakah kita hidup hanya semata-mata untuk makan sahaja. Kalau macam tu, apa beza kita dengan kuk kuk kuuuuuu... :)

    ReplyDelete
  3. bukan setakat hangat je ummufatihah malah HANGITT dh ni...hehehe

    ReplyDelete