Rintihan seketul hati

Telah sekian lama
merayap dan meniarap
di segenap nadi dan saraf
menghisap dan menyerap
toksik dengki dan khianat
yang berakar umbi
di kumbah hati
yang kian mati

wahai insan
lontarkan segumpal simpati
buat seketul hati
yang kian lesu
semakin bisu
justeru terlalu tepu
terlantar di bumi berdebu...

Comments

  1. jangan dibiarkan hati itu merintih sendiri
    luahkan semoga tiada hati yang lesu yang begitu tepu...

    ReplyDelete
  2. Kekadang suasana semasa yang mencengkam bangsa Melayu yang beragama Islam begitu menekan jiwa secara luar sedar. Justeru rintihan itu menitiskan bait-bait puisi tanpa dapat ditampung lagi. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin