akauntan dan imbangan berpisah tiada. setiap transaksi, akan ada dua entri; debit dan kredit. dan tujuan akhir adalah lembaran imbang duga ( trial balance) yang mengandungi dua lajur yang wajib seimbang; debit di kanan dan kredit di kiri; kedua- dua belah mesti berjumlah sama. berjumlah seimbang kedua- dua belah, tidak semesti ia jawapan yang betul, namun, apabila tiada keseimbangan, pastinya terdapat kesilapan di mana- mana transaksi. dan ia adalah mimpi ngeri. ketidakseimbangan walau berjumlah satu sen, wajib dicari. sebab hakikatnya ia tidak seimbang. jadi, bermula dari Hari 1, akauntan adalah insan yang cuba dihindari kerana kecerewetannya. Namun, cerewetnya bukan suka- suka, tetapi kerana sedar bahawa kecuaian yang kecil akan mengakibatkan ketidakseimbangan di pengakhiran, yang memaksa untuk menyemak semula transaksi satu- persatu dari Hari 1 demi untuk mengesan di manakah letaknya kesilapan tersebut. Selamat Hari Akauntan Sedunia. (Diisytiharka...