when the going gets tough

“ when the going gets tough

the tough gets going”

-bila kehidupan menjadi sukar,

suatu masa, kesukaran itu pasti akan berlalu-


setiap kelahiran itu adalah anugerah yang tidak ternilai. ia membawa pengalaman baru kepada ayahibu. 

diikutkan hati yang ingin memastikan anak- anak sentiasa berada dalam keadaan selamat, biarlah mereka sentiasa berada di pandangan mata orang tua.


namun hakikatnya, kehidupan perlu diteruskan. tanpa kesukaran, mana mungkin anak- anak belajar untuk menjadi dewasa. seperti seekor burung yang perlu menguatkan sayap di saat muda untuk boleh terbang tinggi di udara.


saat anak tidak lagi di depan mata, yang tinggal hanyalah kepercayaan yang perlu dibina, bahawa didikan dan prinsip yang dibekalkan bisa menjaga anak supaya sentiasa berada di landasan yang terpelihara.

19 tahun yang lalu, telah lahir puteri yang pertama, menghadiahkan kami gelaran abah dan mama. pembuka kehidupan berkeluarga, lantas digelarkan fatihah humairaa bersama gelaran manja Saiyiditina Aisyah kesayangan Rasulullah saw.

Di saat menjengah alam dewasa, semoga anak tabah dan cekal mendepani ujian dan cabaran kehidupan. 

bahagia bukan sekadar gelak dan tawa, tapi juga sentiasa redha di saat sukar menyapa.

jangan mudah berputus asa. in sya Allah, itulah bahagia. 

selamat menempoh alam dewasa. 

doa kami abah mama sentiasa bersama.

-warkah cinta dari abah dan mama-

14 November 2021

1203 pagi


Comments

  1. Replies
    1. you are most welcomed. menginjak dewasa itu datang bersama ujian kehidupan. hadapi dgn tenang dan ingatlah hakikat yang Allah sentiasa bersama.

      Delete
  2. sanah helwahh kepada fatihah.. semoga menjadi mukminah solehah dah terus istiqomah dalam ibadahnya, semakin rajin dalam menuntut ilmu dan menunaikan ibadah² sunat kerana ibadah x akan pernah merugikan :)

    إن الذين يتلون كتاب الله وأقاموا الصلوة وأنفقوا مما رزقناهم سرا وعلانية ((يرجون تجارة لن تبور))

    احفظ الله يحفظك,, jagalah Allah maka akan diberikan kejayaan di dunia dan akhirat.. Insyaallahh

    ReplyDelete
  3. amiin.. tkasih di atas doanya. semoga anda juga terus mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida