Tahniah Klinik Kesihatan Petra Jaya (KKPJ)


hari ini saya menjalani ujian saringan covid kerana ada rakan sepejabat yang positif.

ini kali kedua saya menjalani ujian saringan selepas kali pertama pada awal bulan November tahun lepas. waktu itu, bangunan pejabat kami memiliki kluster sendiri dan semua penghuni diarahkan menjalani saringan.

pernah menjalani saringan covid tidaklah menjadikan pengalaman itu kurang mendebarkan. 

kedua- dua rongga hidung dan tekak dikorek untuk mendapatkan sampel.

mungkin tempohnya tidak sampai 60 saat untuk setiap prosedur, namun dirasakan seperti perjalanan yang tak berpenghujung. 

lantas,

sikap ceria dan santai pegawai kesihatan yang menjalankan tugas mereka walaupun pastinya keletihan, sedikit sebanyak berjaya menenangkan debaran kami yang menunggu giliran untuk dikorek.

terima kasih dan tahniah Pusat Saringan Covid Klinik Kesihatan Petra Jaya (KKPJ) kerana perkhidmatan cemerlang kalian.

saya bagi 

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟


Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida