pesan buat anakanda (fatihah)

membuat pilihan memang sukar.

kerana, 

tiada kepastian 

apa yang ada di hujung,

mampukah bahu memikul 

kesan dan akibat,


baikkah atau buruk? 

mudahkah atau sukar?

luruskah atau bengkok? 


namun,

tiada dibebankan

apa yang tidak mampu ditanggung,


baik atau buruk

mudah atau sukar

lurus atau bengkok;


hadapi dengan semangat yang waja

iman dan takwa

takut dan harap

syukur dan sabar


pasti jaya itu milikmu

di mana bumi dipijak

di situ langit dijunjung

ular menyusur akar

takkan hilang bisanya.


-ummufatihah/ petra jaya-

28 januari 2021

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida