Terbang Bangau
mengambil peluang beriadhah di sini sekiranya ada kelapangan sejak dari anak- anak masih kecil.
bagi saya tempat ini memang istimewa.
di sini terletak Pustaka Negeri Sarawak, tempat yang paling aman dan tenteram di dunia ( kenyataan melampau). kalau dulu, setiap petang sabtu ada aktiviti kraf untuk kanak- kanak. saya bawa anak- anak dan tinggalkan di situ selama sejam, sementara saya ambil peluang menjenguk buku- buku di ruang berhampiran.
Taman dan Tasik di luar Pustaka juga istimewa. tempat kegemaran anak- anak semasa kecil kerana di tasik tersebut ada banyak ikan yang berenang berdekatan dengan tepi tasik terutama apabila dicampak roti atau makanan ikan.
sekarang dalam keadaan masih belum menentu, anak- anak hanya tinggal di rumah. hanya saya dan suami yang meluangkan masa di situ.
walau sekerap mana saya ke sini, tidak pernah jemu dan tetap terpegun dengan suasana kehijauan semulajadi “taman di dalam bandar” di sini. Malahan, kawasan hijau ini sendiri dikelilingi oleh satu lingkaran hutan buatan yang dipenuhi pokok- pokok yang merimbun pelbagai jenis.
tiada kata seindah bahasa, tiada gambar seindah lukisan. hanya melalui foto dan video sahaja dapat dikongsi sebahagian keindahan itu.
Comments
Post a Comment