Jalan Pulang
Narsisis mencintai kesempurnaan namun ia hanya khayalan dalam mindanya sahaja.
Kerana insan tiada yang sempurna.
Kerana kecintaannya terhadap kesempurnaan, ia sukar menerima hakikat saat ditimpa kegagalan.
akibatnya, seorang yang narsistik akan cuba mencari jalan untuk meletakkan punca kegagalannya pada pihak lain.
Narsisis juga sukar mengakui kelemahan diri. setiap kali ditegur, ia cuba mengalih fokus kepada kegagalan lebih besar yang dihadapi oleh pihak lain dan bertindakbalas seolah- olah dia adalah mangsa kepada ketidakpekaan pihak lain.
lantas, kesedaran bahawa kita insan yang tidak sempurna itu adalah amat penting.
melakukan kesilapan itu adalah manusia.
yang penting, harus tahu jalan pulang.
Comments
Post a Comment