Dare to Dream
penuh dengan contengan untuk membantu kefahaman |
buku teks untuk subjek Reading Aras 1 |
bagai baru semalam saya mula belajar bahasa inggeris secara serius semasa masuk ke Pusat Matrikulasi UIA, Kampus Lembah Pantai pada Julai 1990.
kerana tiada asas Bahasa Inggeris yang bagus, saya ditempatkan di aras paling bawah iaitu Aras 1.
ini bermakna selama setahun penuh saya akan belajar kursus Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sahaja kerana kursus teras hanya akan diajar apabila kami berjaya masuk Kursus Bahasa Inggeris Aras 3.
selama setahun kami bukan makan bola tidur bola, tetapi makan bahasa inggeris, tidur bahasa inggeris malahan bernafas pun bahasa inggeris.
kami betul- betul bermula dari sifar.
sehinggakan guru kelas Grammar saya, Ms Diane dari UK memperuntukkan satu slot khas untuk mengajar kami cara menggunakan Dictionary Oxford for Students. dan kami diwajibkan untuk membawa Kamus tersebut ke kelas setiap hari.
Cara pembelajaran kami terutama untuk kelas Grammar memang seperti kelas kanak- kanak tadika. Diane mengajar melalui pelbagai cara yang menarik seperti permainan, pertandingan dan lakonan.
adalah sesuatu yang biasa bila kami perlu berlari sekitar kelas semasa bersama Diane.
seperti Kelas Grammar, setiap modul kursus seperti Writing, Speaking dan Listening diberi jam kredit yang berasingan.
bagi saya semua kelas adalah menarik kerana tenaga pengajar memang bijak untuk menarik perhatian pelajar- pelajar yang masih di peringkat Asas dalam pembelajaran tersebut.
saya yang tidak pernah belajar bahasa Inggeris di tahap tersebut berasa sangat beruntung kerana memang nampak jelas peningkatan dalam mutu penggunaan bahasa inggeris saya.
Sehingga kini masih terngiang- ngiang di telinga saya kata- kata Guru kelas Writing saya Pn Norhani,
“ I will assure you that at the end of this course, you will dream in English”
Walaupun bahasa Inggeris saya tidaklah sempurna dan masih terus belajar tapi hakikatnya saya memang telah pernah bermimpi dalam Bahasa Inggeris.
dan hal itu tidak pernah saya impikan akan terjadi.
Comments
Post a Comment