Sejingkat Di Hati



kampung saya terletak di pinggir Sungai Sarawak. Selang beberapa kampung akan bersua dengan muara sungai yang menghadap ke Laut China Selatan.

Kerana itu, semasa saya masih menetap di kampung, banyak kapal besar berlabuh di sekitaran kampung. 

walaupun suatu masa dulu dalam perjalanan melalui sungai sarawak dari kuching ke muara sungai, kampung saya paling awal dilalui, ia tidak dikenali pada waktu itu.

oleh itu, sewaktu saya mula- mula berpindah ke bandar kuching, rakan- rakan sekelas dan guru saya akan bertanya di manakah letaknya kampung saya setiap kali saya memperkenalkan diri dan kampung asal saya.

dan, bila saya mendapat tempat pertama di kelas, cikgu akan memberi contoh supaya mengikut jejak langkah saya yang datang dari kampung yang tidak dikenali tapi tetap cemerlang dalam pelajaran. ☺️☺️

namun, kini saya berbangga kerana kampung yang suatu masa dulu langsung tidak dikenali telah diambil namanya untuk menamakan salah satu kawasan perindustrian yang terkenal di Sarawak.




Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin