Asiah, penutup bicara
Januari 2013.
Fatihah di Tahun 5, Maryam di Tahun 2, di sekolah yang sama dan Asiah mula menempoh alam pra sekolah 4 tahun.
Anak ketiga, telah melalui dua pengalaman berbeza. lantas yang ketiga dapat diagak tidak akan sama dengan yang terdahulu. Asiah petah seperti Maryam dan meminati gajet seperti Fatihah. Namun sikap yang tersendiri, Asiah sukar untuk dipujuk untuk melakukan sesuatu yang bukan kemahuannya.
Seperti kakak- kakaknya, Asiah bersekolah di Tadika Islam Abim yang pastinya pakaian seragam pelajar perempuan termasuk tudung kepala. Fatihah dan Maryam memang telah biasa bertudung sebelum masuk ke tadika. Tapi Asiah enggan bertudung. Sebulan yang pertama Asiah merupakan satu- satunya pelajar yang tidak mengenakan tudung.
Saya akan bekalkan tudung di dalam beg sekolah dan memaklumkan kepada Cikgu mengenai perkara tersebut. Saya tidak ingat kenapa Asiah mula bersedia untuk memakai seragam yang lengkap tetapi yang pasti dia sendiri yang meminta untuk dipakaikan tudung sebelum ke sekolah. Saya percaya cikgunya di sekolah pasti ada cara yang akhirnya berjaya menarik perhatian Asiah untuk turut sama berpakaian seperti rakan- rakannya yang lain.
Sebagaimana Fatihah membimbing saya untuk pengalaman pertama, Asiah adalah penutup kepada tajuk tersebut. bagi saya, mendidik anak- anak di di usia peringkat pra sekolah itu amat mencabar.
Anak- anak belajar perkara baharu dan selalunya mereka sukar untuk melalui fasa ini. tapi saya tetap mengkagumi guru- guru pra sekolah ini. bagi saya mereka guru- guru yang paling hebat berbanding dengan tenaga pengajar peringkat sekolah selepas itu.
ketiga- tiga anak saya ada masalah dan cabaran tersendiri semasa mereka mula menjejakkan kaki ke tadika. cabaran yang saya sendiri akui sukar nak atasi. namun, selepas 6 bulan berada di tadika, saya dapati guru- guru ini berjaya mengatasi cabaran tersebut dan mengubah pendirian awal anak- anak saya.
penghujung tahun 2015, pada hari akhir persekolahan Asiah, saya sengaja masuk ke sekolah berjumpa guru pengetua. saya ingin mengucapkan penghargaan saya atas sumbangan besar dan kesabaran mereka mendidik dan melayan telatah anak- anak yang saya sendiri selalu hilang sabar.
yang kelakarnya, semasa memberitahu perkara tersebut sambil berpelukan dengan pengetua, saya tiba- tiba syahdu dan menangis teresak- esak sehingga guru kerani yang duduk berdekatan turut menangis.
what a drama queen i am.
cabaran seterusnya,
menangani anak- anak yang sudah ada kemahuan sendiri dan keinginan berkawan di peringkat sekolah rendah.
Comments
Post a Comment