nikmat yang tak ternilai



saat kita dibanjiri kesenangan, kerap kita lupa menghargai nikmat yang ada.

selepas berpindah dari kampung semasa saya berusia 6 tahun, kami menetap di  kampung “setinggan” yang terletak di kawasan Petra Jaya, berdekatan dengan sungai Sarawak . Ia merupakan sempadan yang memisahkan bandar Kuching dan Petra Jaya. 

Walaupun berdekatan bandar, kampung kami tidak mempunyai bekalan elektrik dan air paip. 

sehingga kami berpindah ke kawasan penempatan teratur 10 tahun kemudian, kami hanya menikmati bekalan elektrik terhad dari janakuasa yang dimiliki oleh penduduk di situ dari tempoh 6 petang hingga 10 malam. selebihnya kami  sekiranya perlu, kami menggunakan tenaga bateri kereta ( tak tau nama saintifiknya) untuk menyalakan lampu. 

manakala, bekalan air paip hanya disediakan di tepi jalan dalam bilangan yang terhad. bekalan utama air untuk kegunaan mandi dan kebersihan lain adalah simpanan air hujan dan air perigi.

semalam, saya mengeluh kerana letih mengemas dapur dan mencuci pinggan. 

tiba- tiba saya teringat, betapa suatu masa dulu, untuk melihat bekalan air paip di depan mata begitu adalah sekadar impian.

sebab itu bagi saya, nikmat hidup yang ada sekarang ini sudah lebih melimpah ruah dari yang saya harapkan.

kerana, kehidupan masa lalu jauh lebih payah. 


Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida