bekerja bersama saya
Mengendali sumber manusia dalam sesuatu organisasi bukanlah perkara yang mudah.
saya menganggap diri saya beruntung kerana sejak mula bekerja saya ditugaskan bersama sumber manusia yang kecil sahaja, paling ramai adalah sekarang ini iaitu seramai 11 orang.
pada tahun 2003, saya diarahkan membuka pejabat baharu bersama dua orang pegawai sahaja. saya sambut cabaran itu kerana dengan cara itu sahaja saya dapat bertugas di tempat yang sama dengan suami. bagi saya, jumlah pegawai untuk bekerjasama tidak penting, yang lebih penting adalah keserasian dan kesediaan untuk bekerja di dalam satu kumpulan. semakin ramai pegawai dalam satu kumpulan atau unit, sebenarnya semakin banyak karenah yang perlu ditangani.
dipandang pada mata kasar, amat mudah menyelia sekumpulan manusia dewasa namun cabarannya adalah setakat mana sumber ini dapat diyakinkan bahawa mereka perlu bekerjasama untuk mencapai objektif organisasi untuk memenuhi kehendak pelanggan.
dan organisasi tersebut tidak berbeza sama ada ia swasta, awam, badan tidak berkeuntungan malahan kelab dan persatuan juga berfungsi dengan cara yang sama. Lantas di sini, pemimpin kepada setiap unit berkenaan perlu memainkan peranan dengan bijak dalam memberi keyakinan tersebut.
walaupun setiap pemimpin menggunakan pendekatan yang berbeza berdasarkan cara masing- masing, namun pada prinsipnya pemimpin harus menghormati kumpulan yang dipimpin dan memberi kepercayaan kepada mereka untuk berfungsi secara bebas. dan bukannya dikawal setiap langkah dan tindakan mereka.
dan satu perkara yang saya percaya juga penting adalah memberikan mereka peluang untuk melihat kita, pemimpin mereka sebagai sebahagian dari mereka yang terdedah kepada kelemahan dan memerlukan sokongan mereka. sudah menjadi lumrah manusia, akan lebih bersemangat apabila merasakan bahawa sumbangan mereka amat diperlukan dalam memastikan kejayaan sesuatu misi atau aktiviti tertentu.
Wallahu a’lam.
“Finding good players is easy. Getting them to play as a team is another story.”
- Casey Stengel
Comments
Post a Comment