keseimbangan kehidupan
seimbang dalam erti kata sebenar adalah meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya.
lantas,
lembaran imbang duga yang sepertinya “seimbang” kedua- dua belah debit dan kredit
belumlah seimbang dalam erti kata sebenar kerana
masih ada kemungkinan
transaksi tersebut, walau direkod di lajur yang betul;
tetapi,
diletakkan di bawah tajuk yang salah.
🤨🤨🤨
contoh:
perbelanjaan Gaji
direkodkan sebagai
perbelanjaan Caj Elektrik
🧨🧨🧨💣💣🌪🌪
Betul direkod di bawah perbelanjaan,
tetapi salah kategori.
hasilnya:
akan seperti seimbang tapi hakikatnya
tidak menggambarkan keadaan yang sebenar.
dan senario ini lebih mencabar
kerana sukar dikesan kewujudannya melalu Ujian Pengesanan Lembaran Imbang Duga seperti biasa
kerana
ia tersembunyi di sebalik keseimbangan yang “pura- pura”.
dan ia akan “bersembunyi” di situ sehingga suatu waktu
akan ada Akauntan Terlampau Cerewet membelek laporan satu persatu dan mengesan kejanggalan itu.
ya, ia senario paling mudah, walau realiti itu jauh lebih pahit untuk ditelan.
kerana itu,
maafkan lah dia kalau suatu saat, akan berurusan dengan Akauntan Terlampau Cerewet dan fahami dilemma kehidupannya.
kemaskini:
7.58 am
17 januari 2021
Comments
Post a Comment