bukan sekadar nama



 apa ada pada nama?

bagi saya, nama merupakan hadiah pertama dari ibu bapa kepada anak mereka.

dan ia adalah hadiah yang paling penting dalam kehidupan anak tersebut di dunia dan akhirat. 

nama yang indah dan bermakna akan menceriakan setiap kali ia disebut. 

itu yang saya rasa setiap kali saya memperkenalkan diri atau nama saya disebut.

dan setiap kali itu juga saya bersyukur kerana ibu bapa saya menghadiahkan saya dengan nama AZIAH. 

mungkin tiada makna yang jelas, tetapi bagi saya amat indah didengar telinga (saya). dan unik kerana ia bukan nama yang biasa diberi kepada anak- anak generasi saya. 

lantas, 

sebaik sahaja saya bertemu jodoh, saya telah sediakan awal nama anak anak sulung saya, walaupun rezeki saya hanya menerima kedatangannya selepas dua tahun lebih menanti. 

begitu juga dengan anak- anak yang seterusnya.

saya tidak pernah menyangka akan ada anak kedua dan ketiga namun sebaik sahaja mendapat anak pertama, saya telah sediakan nama untuk anak kedua dan begitulah juga untuk nama anak ketiga, disediakan selepas saya mendapat anak kedua. 

dan berhenti terus selepas itu kerana memang tiada lagi peluang untuk memiliki anak keempat. 

dan kerana saya sedia maklum yang saya tiada berpeluang untuk memiliki ramai anak, maka saya sediakan dua rangkai nama untuk setiap anak saya ( boleh tak pakai justifikasi tersebut 🤣🤣). 

syarifah fatihah humairaa

syarifah maryam insyirah

syarifah asiah nur annisaa

kusebut nama kalian

hingga ke syurga

-ummufatihah/ petra jaya-

3.47 pm

23 januari 2021

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida