Kembara Buku



semasa di kampung, bahan bacaan kami adik- beradik adalah dua buah buku perpustakaan di tempat kerja Abah yang boleh dipinjam setiap dua minggu. waktu itu abang saya dan saya masih belum masuk sekolah dan adik- adik saya masih kecil.

selepas itu, kami berpindah ke bandar kuching semasa saya berumur 6 tahun. pada masa itu Abah akan membeli majalah bulanan kanak- kanak Dewan Pelajar dan Utusan Pelajar. Majalah Gila- Gila juga merupakan bahan bacaan utama kami kerana pada masa itu ada jiran yang memang membeli majalah tersebut secara bulanan. sekali- sekala kami berjaya memujuk Abah untuk membeli majalah Gila- Gila kami sendiri. tapi ada keburukannya, sebab akan ada babak perebutan di antara saya dan Abang, siapa yang akan dapat giliran pertama. 

Pada masa yang sama, beberapa orang sepupu dari kampung tinggal bersama kami sebab tidak mahu duduk di asrama. Seorang Sepupu belajar di Tingkatan Enam. Saya habiskan semua buku rujukan sasteranya seperti Sandera, Keluarga Gerilya dan Sejarah Melayu. 

Perpustakaan Perbandaran juga merupakan sumber buku bacaan saya selepas kami berpindah ke Bandar Kuching. Setiap petang Sabtu kami akan dihantar ke sana manakala bila kami telah besar sedikit, saya mengikut Abang dan kawan- kawannya berjalan kaki ke Perpustakaan yang jarak tersebut pada zaman sekarang hanya akan sampai dengan berkereta. 

Abah juga selalu membawa kami pergi ke sesi jualan buku dan dibenarkan membeli sebuah buku seorang. 

dan kenangan yang menghantui saya sehingga sekarang ialah menghilangkan buku yang dipinjam dari Pustaka Mini Masyarakat yang terletak berhampiran dengan sekolah rendah saya. Sehingga belasan tahun yang lepas nama saya masih tersenarai di sana apabila sepupu saya, seorang kerani bertugas di sekolah tersebut 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️. 

Kerana mengalami pengalaman sukar mendapatkan bahan bacaan semasa kecil, saya pernah berazam untuk melanggan setiap majalah yang ada di pasaran apabila saya saya telah mempunyai pendapatan sendiri, dan ia telah saya lakukan. 

Dan kerana itu juga, saya tidak akan berfikir panjang untuk membeli buku apabila merasakan ia menarik untuk dibaca tanpa mengira harga dan genre.

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin