andai suatu masa nanti
ada ketika saya merasakan kepala saya penuh dengan kata- kata dan cerita, berbual dan berdebat sesama sendiri.
ada ketika pula, ia sunyi sepi, enggan bersuara walau didesak.
dan hal yang sedemikianlah yang berlaku pada saat ini.
saya tidak pasti sejak bila saya mula menulis.
ia muncul tanpa saya sedari.
namun, sedar tak sedar usia blog saya sudah mencecah lebih dari 12 tahun. sudah boleh mendaftar masuk ke sekolah menengah.
sepanjang 9 tahun saya aktif menulis, saya rasa seperti tiada apa yang menarik di sini.
namun, saya cuba untuk mencatat apa sahaja yang saya dapat fikirkan kerana bila difikirkan semula,
saya menulis bukan kerana memang saya mahir
tetapi sebaliknya blog inilah satu- satunya wadah untuk saya belajar menulis tanpa rasa segan.
walaupun kemungkinan ada yang datang secara tak sengaja ke blog ini dan terbaca tulisan saya, namun secara biasanya saya menganggap blog ini buku latihan untuk subjek Penulisan saya tanpa sebarang audien.
kalau di FB atau IG, setiap entri saya akan muncul di Feeder Friend atau Follower secara terus, blog pula memerlukan pembaca datang sendiri barulah dapat mengakses tulisan di situ.
dan kerana itulah saya akan tetap kembali ke sini walau pernah sunyi beberapa ketika.
dan semoga begitulah selamanya sehingga saya tidak mampu lagi untuk menjenguk ke sini suatu masa nanti.
Comments
Post a Comment