rumah nenek di kaki bukit
rumah nenek di kaki bukit.
dikelilingi pokok- pokok rambutan.
berhadapan dengan sungai sarawak. manakala di antara rumah dan sungai, masjid kampung hulu tersergam megah.
untuk masuk ke halaman rumah nenek, dari jambatan belian perlu melalui tepi masjid yang bersebelahan dengan ruang mandi jenazah.
dan sekiranya perlu melalui kawasan itu apabila suasana telah beransur gelap, ia menjadi mimpi ngeri yang menjengah tidur saya sekali- sekala hingga saat ini.
selepas hampir 40 tahun berlalu.
Comments
Post a Comment