siapa saya
kenangan awal semasa kecil saya adalah di rumah kami di tepi jalan di pinggir hutan.
berbeza dengan kampung asal saya di tepi sungai sarawak berhampiran muara menuju ke Laut China Selatan, kenangan awal saya adalah bau tanah, pokok ubi kayu dan malam yang sunyi.
dan cerita yang mak selalu ulangi semasa zaman kanak- kanak mengenai saya adalah teka- teki yang saya cipta sendiri semasa bermain di kawasan rumah kami.
sambil memegang ranting yang bercangkuk di hujungnya serta bertopi untuk menghalang cahaya matahari, saya akan menguji kebijaksanaan mak;
saya ada cangkul
saya ada topi
siapa saya?
Comments
Post a Comment