Air Pasang Pagi

 setelah berpindah ke bandar kuching, kampung saya juga terletak di tepi sungai Sarawak.

setiap kali air pasang besar, air sungai akan melimpah sehingga ke kampung kami. 

ia boleh naik sehingga ke aras pinggang kami.

jadi, sama ada kami perlu bertolak ke sekolah seawal mungkin sebelum air naik,

atau meredah air pasang dan hanya menukar kepada seragam sekolah setelah sampai ke jalan besar yang terletak di kawasan yang lebih tinggi. 

selalunya dalam keadaan ini abah akan mendokong saya manakala abang berjalan sendiri meredah air pasang di sebelah abah.

pernah sekali, Abang tenggelam kerana terjatuh ke dalam longkang yang hilang dalam air pasang tinggi. namun abah sempat menarik tangan.

hidup perlu diteruskan.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida