Senyum / Amanah

Senyum

Kenapa saya nak cakap pasal senyum?

Sebab, semalam waktu saya jemput kakak dan ambik anak2 kat rumah mak, semua pihak tersenyum lebar:

1. Kakak: sebab dah cuti panjang
2. Adik: sebab tak payah susah2 jaga anak2 buah bertuahnya lagi... :)
3. Suami: Tak perlu bangun awal buatkan sarapan untuk Fatihah..
4. Saya: Sebab rumah dah nampak macam rumah... :)

Petang semalam, lepas balik kerja, saya intai kat dalam rumah, ruang depan tv dah kemas dah...

****************************************************


Amanah

Malam tadi, memandangkan kakak baru balik, kami makan kat luar... Bawak Kakak makan kat Secret Recipe... Bodek punya pasal... :)... Sebab lepas ni memang dia kena overhaul habis rumah tu.... Almaklum, pegawai yang memangku sebelum ni bukan pengurus professional.

Sebenarnya waktu bulan puasa hari tu, ada sehari kami berbuka kat Secret Recipe.... Teringat pulak kat Kakak yang dah balik bercuti waktu tu... Jadi saya dan suami memang dah niat, nanti bawak Kakak pulak makan kat situ.

Memang, saya anggap pembantu saya macam anak sendiri... Di samping sumbangannya membantu saya menguruskan urusan rumah dan anak2, saya juga rasa saya memikul amanah dari ibu bapanya untuk menjaga anak mereka yang berada jauh di perantauan.

Kalau anak kita sendiri yang berada di perantauan macam tu, mesti kita pun amat2 berharap masyarakat di sekelilingnya akan melayan anak kita sebaik2nya seperti kita menyayanginya.

Pada sudut lain, Islam sendiri amat menganjurkan untuk majikan menjaga kebajikan pekerja sehinggakan upah mereka wajib dibayar sebelum sempat peluh mereka kering.

Melalut ke saya ni?.. :)... Melalut2 pun, harap terkandung manfaat untuk dikongsi bersama yek...

Wallahua'lam...

Comments

  1. Assalamualaikum..

    Alhamdulillah...balit dh neti.Senang ikit kitak dah ooo.Mun nemu pembantu yang tauk reti untunglah m.yah.Mcm neti.Mun kenak pembantu sik tauk reti ya lah payah dan parah.Jerak sa ambik pembantu.Mun nemu mcm ani dolok sik da jerak gilak.Sbb nya tauk reti dan bait ati.Jaga anak2 pn mcm jaga adiknya pun juak:)

    ReplyDelete
  2. Salam,

    akak la contoh majikan yg baik kat malaysia ni ;p tentu pembantu rumah akak tu baik jugak..

    ReplyDelete
  3. Alaikumsalam Mai:
    Alhamdulillah... Mun Neti berenti, sik kompiden juak m yah nak carik orang baru.. Yelah appreciate Neti agik mauk nak keje. So, kerisauan nak carik orang boleh ditangguhkan untuk sementara waktu.

    Salam Sakinah:
    Selagi kita masih perlukan khidmat org lain, kita kena hormat dia supaya dia pun rasa bertanggungjawab melaksanakan amanah yang kita beri. Kalau tak, kita akan sentiasa risau terhadap keselamatan anak2 dan harta benda kita semasa kita tak ada kat rumah. :)..
    So far ALhamdulillah, dia masih nak kerja dgn akak sebab mengenangkan Asiah masih kecil. So, akak hargai sangat.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin