Tuesday, October 12, 2010

Tak puas hati

Tak puas hati pulak saya dengar segmen tajaan kat IKIMfm nih...

Dia kata bagi rawatan percuma... Tapi sebenarnya kena bayar RM50. Dia kata yang tu bukan caj rawatan tapi yuran pengurusan..

Apa maknanya yuran pengurusan tu?.. Sewa dewan, kos pengangkutan barang, upah perawat (isteri dia..).. La.... kos perubatan le tu.. nak pusing2 lak....

Kira bayaran le tu kan... Lepas tu boleh kata pulak, caj tu murah je.. Kalau pegi pasar malam pun kena belanja banyak lagi...

Kalau dah kena bayaran tu, makna nya tak ler percuma... Janganlah pegi iklan cakap rawatan percuma.... Kalau orang memang perlukan rawatan, orang akan datang walaupun dikenakan bayaran... Mana ada benda yang percuma sekarang ye dak...

Hisshh... tak tahu saya nak cakap apa yang saya rasa dengan segmen ni... Tapi memang tak puas hati...

Dahlah kata rawatannya menggunakan Al-Qur'an... Jangan lah pulak buat orang tak puas dan secara tak langsung bagi imej tak elok untuk pengamal perubatan yang berasaskan AL-Quran..

Sepatutnya untuk rawatan mengguna Al-Qur'an, jadi lah professional sikit. Tak main le kos2 tersembunyi macam tu. Kena telus dan berterus terang... Kan ke Islam tu jelas dan mudah...Biar pengguna sendiri buat keputusan nak guna perkhidmatan tu tak selepas dijelaskan kos2 yang dikenakan.

Jangan orang rasa terpaksa lak sebab alang2 dah datang kerana ingat rawatan sepenuhnya percuma...

Hmm... Dah lega dah... Segmen tu pun dah habis..

Renung2kan...

Salam..

2 comments:

  1. Itu boleh masuk dalam kategori menipu orang tu. Iklan benda lain, tapi hakikatnya benda lain.

    ReplyDelete
  2. Tu le dia ALong... Jgn dia ingat kalau buat iklan kat Radio Ikim, dia boleh buat suka jer... Nasib baik dia tak cakap, yuran tu untuk cover kos buat iklan kat Radio Ikim... :)..

    Kalau orang cakap macam tu, kira semua produk kat dalam dunia ni free yek.. Semua orang akan claim caj tu bukan harga produk, tapi kos ni, kos tu bla, bla bla.....

    ReplyDelete