Udang segar

Saya: Abang nanti tolong tengok2kan kot2 ada udang segar di jual kat sana.
Suami: Sekarang musim hujan ler... Susah nak dapat udang. Lagipun susah nak bawak balik... Cepat busuk. Nantilah abang balik, kita carik.
Saya: Okay.

Sebenarnya dah dua hari suami bertugas luar stesen ke bandar tempat dia bekerja sebelum ni. Sebuah bandar di tepi laut yang memang terkenal dengan tangkapan laut dalam yang segar.

Jadi, bila teringat pasal tu, pagi semalam saya terus call. Tapi bila suami cakap macam tu, tak pe ler. Saya pun tak kisah. Belum ada rezeki. Lagipun saya bukannya mengidam... :).. Saya lupakan je lah cerita tu.

++++++++++++++++++

Dalam entri semalam, saya ada cerita pasal kedai makan di tempat kerja saya yang dah ditutup. Jadi, tengahari semalam saya makan coklat jer untuk mengalas perut. Niatnya, balik je dari tempat kerja saya akan makan terus kat rumah merangkap makan malam.

Dalam perjalanan balik tu kira memang tak fikir lain dah..

Lapar.. lapar... lapar..makan.. makan.. makan...

Jadi, bila Fatihah call cakap kasut sekolah dia tertinggal kat rumah neneknya (mak saya), saya dah macam nak tumbuh tanduk dah... Dah lah lapar nih....

Tapi sebab dua tiga menjak ni ketandukan saya memang dah tak dilayan sangat (sabar), jadi saya malas nak cakap banyak. Singgah le....

Nak jadi cerita, sebab rumah mak sendiri, saya masuk menonong je ikut mak saya ke dapur. Memang dah jadi tabiat sangat kan, kalau pegi rumah mak, mesti jenguk mana2 periuk kat atas dapur tu.

Yang buat saya terpegun sangat, cantik je kat dalam frying pan mak saya ialah udang (shrimp) goreng garam yang sangat saya minati. Boleh habis nasi sepinggan makan dengan tu jer. Memandangkan perut saya memang lapar, saya cakap kat mak nak mintak sikit bawak balik.

Mak saya cakap apa?... Haa.. bawak.. bawak... Mak ada lagi dua bungkus udang yang masih mentah kat dalam fridge tu... Tadi, tiba2 jer ada orang datang rumah jual udang kat mak dan tawarkan harga murah kalau ambik tiga bungkus...

Masya'Allah... Tiba2 saya teringat kat perbualan telefon saya dengan suami... Saya rasa macam Allah hantarkan udang tu untuk saya jer... Terharunya...

Saya citer lah kat Mak pasal perbualan saya dgn suami dan kelaparan saya... Mak saya kata pulak; kalau macam tu, makan jer kat sini, nanti udang yang mentah tu bawak balik.... Nasik pun baru jer masak tu...

Subhanallah... Saya apa lagi, terus ambil pinggan dan senduk... Memang betul nasiknya memang hangat yang baru masak...

Apa lagi kah yang lebih nikmat dari makan udang goreng garam kegemaran dengan nasi putih yang baru masak semasa perut sedang kelaparan?....


++++++++++++++++++++++++++

Tiba2 saya teringat kata Catriona Ross waktu ditanya pasal penghijrahannya untuk menutup aurat...

"APAKAH LAGI NIKMAT ALLAH YANG SAYA NAK DUSTAKAN"

Sekadar memetik, beliau pernah terlibat dalam kemalangan yang teruk dan dikhuatiri tidak mampu berjalan dan memperolehi anak di masa depan. Semasa temubual, beliau baru sahaja menimang anak sulung dan sudah mampu berjalan semula.

++++++++++++++++++++++++++++

Saya datang rumah mak saya dengan perut yang lapar....

Saya balik dari rumah mak dengan perut yang kenyang serta seronok sangat sebab dapat makan shrimp goreng garam yang saya gemari. Dan membawa balik dua bungkus shrimp segar .....

Subhanallah dan Alhamdulillah...

++++++++++++++++++++++++++++

Berkongsi Maklumat:

Petikan kata CAtriona Rossa tadi merupakan potongan ayat yang diulang2 Allah sepanjang surah ArRahman untuk menunjukkan betapa banyak nikmatNya dalam kehidupan kita.

Surah ArRahman adalah surah ke 55 yang terdiri dari 78 ayat.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

diulang2 pada ayat 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75 dan 77.

diulang sebanyak 31 kali dari 78 ayat. Hampir 40% ayat dalam surah ArRahman merupakan pertanyaan Allah kepada kita.

Jadi, fikir2 kanlah...

Apa kita nak jawab pada pertanyaan Allah tu ?

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"



Comments

  1. Alhamdulillah...rezeki ya m.yah.Kadang Allah memberi kita rezeki dengan tak di sangka.

    Sitok banyak udang di jual, sekira musim.Harga pun ok.Mun polah sambal udang, manis jak bau ngn rasanya.Perghh! :D

    Surah Ar rahman tok kmk suka baca.Di samping terjemahan ayat nya yang menyentuh perasaan seorang hamba, kamek suka ngan rima ayat nya.

    ReplyDelete
  2. Yalah Mai... Rasa dikirum leh gerek jak... :)
    Kadang2 kita rasa menda ya kecik, tapi bayangkan mun dak yang kebuluran diberik makanan.... nilainya lebih dari emas permata kali...

    Sgor banyak udang ooo?.. sik tauk pun... kelak nak carik kat moro tebas lah... :)

    M Yah niat nak "dera" nafsulah.. nak paksa baca Al-Qur'an manyak2...:).. keras gilak hati tuk..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida