Aku semut

Seperti biasa, sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah, Fatihah puteri sulung saya akan menyambut kedatangan saya dengan pelbagai request.

Fatihah: Mama, nak beli kapur kasut.

Mama: Apa pulak mimpi anak aku tiba2 nak kapur kasut nih (dalam hati jer.. sebab selama ni tak pernah sibuk nak kapurkan kasut) Apasal nak beli kapur?

Fatihah: Cikgu suruh.

Mama: Hah.. Ni mesti kes kasut nampak suram jer kot..

FAtihah: Cikgu suruh mbok (nama gelaran dia) jadi semut.... Nanti kena sediakan tudung warna hitam. Tak nak manik.. tak nak sulam...

Mama: Semut pulak dah....

++++++++++++++++++++

Sebenarnya dua tiga hari lepas Fatihah bawa balik surat dari sekolah pasal lawatan ke Tebingan Sungai sebab ada pameran kat situ dan dia terpilih untuk menyertai program tu.

Mulanya ingat nak hantar kat sekolah jer, lepas tu relak jer kat rumah... Tapi kalau dah ada yang jadi semut, kena lah pegi kat tempat program tu... Almaklum.. ni merupakan kali pertama ( another first) Fatihah menyertai persembahan di sekolah....

Selama ni selalu jer tak terpilih mungkin sebab kelemahan komunikasi yang dihadapinya menyebabkan cikgu jarang menyedari kewujudannya.

Insya'Allah dipermudahkan urusan dan Fatihah diberi peluang untuk menikmati pengalaman pertamanya menyertai aktiviti sekolah.

*************************************

Semut merupakan salah satu makhluk Allah yang terpilih untuk diabadikan namanya di dalam Al-Qur'an. Ia terkenal dengan sifatnya yang hidup bermasyarakat dan mengamalkan sikap tolong menolong dan rajin berusaha.

Jadi, renung2kan dan amalkan budaya semut di dalam hidup kita.

*******************************

Islam itu Indah...


************************************

Comments

  1. Assalamualaikum...

    Jadilah semut lah fatihah kelak..hehehe...bagus utk pendedahan dengan budak2 sebenarnya.Teori sik sama dgn praktikal.Sbb praktikal akan melahirkan pengalaman berharga utk budak2.

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam MAi:

    Betul.. betul.. yang teruja lebih2 ialah Mamanya... Rimarek nanyak Fatihah dah lom cikgu ajar jadi semut, lusak (sabtu) dah nak molah persembahan... Nya madah, sabtu depan la Ma... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin