Orang berbudi kita berbahasa
Adat orang kita, "Orang berbudi kita berbahasa". Namun atas nama globalisasi dan perniagaan, saya sendiri tidak tahu telah dicampak ke lautan mana adat budaya kita. Baru sebentar saya menerima panggilan telefon dari satu nombor yang tidak dikenali. Berdasarkan adat bahasa, salam diberi harus disambut, saya menjawab panggilan tersebut. Keadilan juga harus diberikan kerana setiap orang berhak diberi peluang untuk menyatakan hasratnya. Sebaik sahaja punat jawab yang berimejkan gagang telefon berwarna hijau ditekan, suara halus wanita yang amat sopan menyapa telinga saya dengan salam. Salam yang diberi saya jawab dengan nada sopan yang serupa. Dengan penuh kelembutan dan berbudi bahasa, pemilik suara menyatakan hasratnya untuk membuat penghantaran kad penghargaan untuk pemilik kad kredit yang masih aktif yang telah bernasib baik terpilih untuk skim tersebut. Saya mengiakan sebagai isyarat bahawa beliau boleh meneruskan cerita beliau. Namun apabila beliau bertanya mengenai bank ya...