Siri Kisah 25 Rasul

Salam semua...

Kali ni saya nak bercerita pasal set buku kanak2 yang menarik untuk kanak2 mahupun kita yang dewasa.

Sebenarnya suami saya lama dah belikan set ni untuk Fatihah. Tapi yang sebenarnya dia sendiri yang nak baca.. he he....


Siri Kisah 25 Nabi ni terdiri dari 24 buah buku mengenai 25 Nabi- Nabi.
1.Nabi Adam AS Bapa Manusia
2. Nabi Ibrahim AS Kebal Dijilat Api
3. Nabi Ishak AS dan Nabi Yaakub A.S yang Luar Biasa
4. Nabi Musa AS dan Rahmat Tuhan
5. Nabi Syuib AS dan Kaum Madyan
6. Nabi Zulkarnain AS Membina Tembok Besi
7. Nabi Ayub A.S Dengan Kesabarannya
8. Nabi Idris AS dan Nabi Ayub AS
9. Nabi Ismail AS Rela Disembelih
10. Nabi Nuh AS dan Bahteranya
11. Nabi Yunus AS ditelan Ikan Nun
12. Nabi Zulkifli AS Berpegang Teguh Pada Janji
13. Nabi Harun AS Pendakwah Terbilang
14. Nabi Ilyas AS dan Nabi Ilyasa' Yang Penyabar
15. Nabi Lut AS dan Kaumnya
16. Nabi Soleh AS dengan Unta Ajaibnya
17. Nabi Yusuf AS Gemilang Takwanya
18. Nasihat Luqman AS kepada Anaknya
19. Nabi Hud AS dan Ribut Taufan
20. Nabi Isa AS dan Mukjizatnya
21. Nabi Musa AS Berguru dengan Nabi Khidir AS
22. Nabi Sulaiman AS Raja yang Adil
23. Nabi Zakaria AS yang Doanya Diterima Tuhan
24. Rasulullah SAW dengan Suraqah bin Malik


Yang saya suka mengenai siri ni ialah ia menggunakan pendekatan yang menarik untuk mencuri perhatian anak2 untuk mendekati dan membacanya. Sebagai contoh;




Pelbagai ilustrasi yang berwarna- warni di setiap muka surat.


Bantuan untuk memahami perkataan sukar di bawah setiap muka surat,



dan Segmen Pengajaran pada setiap penghujung buku untuk kesimpulan yang mudah difahami.


Untuk 24 buku, harga RM99.90 saya rasa boleh dikatakan berbaloi-baloi... Saya boleh membantu anda mendapatkan buku ini sekiranya berminat.....

Melentur buluh biar dari rebungnya... :).. Tapi kalau dah jadi buluh macam saya pun masih belum terlambat... :) Banyak yang saya belajar dari buku anak2 saya...

Salam...

Comments

  1. Ummu, Along berminat la ngan koleksi buku ni. Camne ye kalau nak beli? Anak2 along asyik baca buku2 princess je..sekali sekala baca kisah2 nabi bagus jugak...:D. Nanti contact me at alongsjATyahooDOTcom. TQ.

    ReplyDelete
  2. salam Along:

    Betul tu Along... Sekarang kita beri pendedahan.. nanti2 dah besar, diorang bolehlah carik sendiri.... Kalau tak, susah kita nak suruh diorang kenal Nabi2 kita... media massa tak nak sgt citer pasal ni...

    Nanti saya contact Along.. Tkasih and happy study to you...

    ReplyDelete
  3. salam...
    Awatif memang berminat dengan buku ni.. aritu jumpe kat Popular.. suft internet ni nak cari klau ade harga yang lebih rendah... mcm mane ye...
    http://ratupermatahati.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Salam ibuawatif:

    Saya tak tahu harga kat Popular.. Saya rasa lebih kurang kot.... Kalau nak saya tolong belikan, harganya seperti yang saya nyatakan kat entri dan tambah caj penghantaran RM20.00... Apa2 nak maklumat lanjut, tanya jer kat shout box saya atau send message untuk maklumat yang peribadi.... :)..

    salam kenal ya... saya dah surf blog ibu awatif... selamat menjadi ibu... dan kongsi2 le pengalaman indah tu ya... :)

    ReplyDelete
  5. saya pun br beli di MPH bokstore dgn harga RM85 selepas ditolak diskaun 15% krana bday anak n mmiliki kad MPHKIDZ...sgt seronok!

    P/S: MINTA IZIN UTK COPY GAMBAR UTK BLOG BLH?

    ReplyDelete
  6. Amri dan Aishah,

    Silakan guna. Kalau boleh, nyatakan sumber kat blog dan bukan untuk tujuan komersial ya... Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. terima kasih kpd Ummu Fatihah

    Semoga perkongsian ini akan memberatkan neraca pahala kita di akhirat nnt..

    InsyaAllah sy akan sertakan linknya bila sudah publishkan dlm blog.

    terima kasih sekali lg.

    ReplyDelete
  8. Amri dan Aishah,

    Ameen.. Saya berbesar hati atas perhatian anda dan lawatan ke blog saya ni... :).. Saya dah lawat blog anda, amat banyak maklumat yang bermanfaat. Teruskan berkongsi...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas lawatan Puan ke blog kami..
    Saya juga tlh post ttg buku ini di sini:

    http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/09/buku-kisah-25-rasul.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak