Posts

Showing posts from October, 2010

Buku tanda2 kematian semakin dekat

Salam.. Seorang kawan sedang mencari2 bahan bacaan yang berkaitan dengan tanda2 kematian semakin hampir. Seperti yang saya kongsikan di blog sebelum ini, saya memiliki sebuah buku mengenai persediaan akhir menghadapi kematian, tapi tak pulak memiliki buku seperti yang dicarinya. Tapi, sebab saya memang selalu menziarahi kedai buku, saya cakapkan padanya yang saya akan cuba cari buku berkaitan. Semalam, saya pun menjenguk kedai buku yang selalu saya lawati. Puas jugaklah saya pusing2 kat rak2 yang berkaitan... Tapi, saya tak jumpa pulak buku tu... Mungkin ada sesiapa pembaca yang pernah terjumpa buku ni dan cadangkan kepada saya tajuknya untuk dicari. Namun, janji Allah itu pasti... "Sekiranya ajal itu sampai, tidak akan dipercepatkan sesaat atau dilewatkan sesaat." Wallahua'lam...

Lemahnya saya...

Salam... Pagi tadi saya membaca hadith Rasulullah saw mengenai sebaik2 muslim ialah yang memberi salam kepada Muslim yang lain samada yang dikenali atau yang tidak dikenali. Jadi, bila berjalan2 tengahari tadi saya cuba nak laksanakan perkara ni. Bila singgah untuk solat Asar di Musolla pusat membeli- belah tu, saya niatkan nak bagi salam kat sapa2 yang ada kat situ. Tapi, bila saya siap dah tunaikan solat, bila tengok diaorang borak2 sama sendiri, timbul segan pulak di hati saya nak menegur dan bagi salam.... AKhirnya, saya terus keluar tanpa menegur mereka sebab masih dikuasai rasa segan... Lemahnya Iman saya...

Kaum- kaum yang Pupus

Image
Salam... Ingin berkongsi sebuah buku yang amat menarik. Baru sahaja dibeli oleh suami semalam. Ia mengisahkan mengenai sembilan (9) kaum yang disebutkan oleh AL-Qur'an yang telah pupus. Walaupun belum berpeluang membaca buku tersebut, tetapi dah dapat gambaran sedikit sebanyak mengenai isi buku tersebut melalui ulasan secara langsung dari suami sepanjang pembacaannya. Juga melalui pelbagai gambar yang diselitkan di sepanjang pengisahan buku tersebut. Sebagai contoh, di atas merupakan gambar2 Tasik Nai Lut yang diambil dari Satelit. Ini pula merupakan mayat2 yang menjadi batu sebagai kesan2 peninggalan Pompeii. Kisah Pompeii juga dikupas walaupun ia tidak disebutkan di dalam Al-Qur'an. Ia diulas oleh penulis sebagai kesan kehancuran yang menyamai kehancuran Kaum Nabi Lut. Walaupun belum membaca sepenuhnya, ternyata gambaran2 yang diberikan telah menarik perhatian bukan sahaja saya sendiri tetapi anak2 yang tertarik untuk bertanya dengan lebih lanjut. Malahan Fatihah telah mula2 ...

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Image
Salam.. Suami saya memang minat sangat kat tulisan HM Tuah Iskandar ni... Setiap buku memang dia tak miss... Saya pulak memang tak baca buku motivasi ni.. Tapi novel dia saya baca... Bila suami saya tengok saya buat jualan online, dia tawarkan buku- buku koleksi ni untuk sesiapa yang berminat untuk dapatkan dengan harga yang murah... Buat Sampai Jadi- HM Tuah Iskandar Jangan Tidak- Tidak - HM Tuah Iskandar Membina Cinta Sayang- HM Tuah Iskandar Nak Jadi- Jadi- HM Tuah Iskandar Sendiri Mau Ingat- HM Tuah Iskandar Setiap buku berharga RM5.00 dan kos penghantaran RM5.00 sahaja untuk setiap buku. Boleh juga disatukan dengan pembelian buku novel kanak2 terpakai. tapi kalau 3 buku, kos penghantaran RM10 sahaja. Mintak maaf di atas mutu gambar kerana ia diambil oleh jurugambar amatur (Maryam)... :) Ada Bagus Bagusss - HM Tuah Iskandar Membina Peribadi Anggun- Hm Tuah Iskandar Jangan Main- Main- HM Tuah Iskandar Membina Personaliti Terbilang- HM Tuah Iskandar Stefa Isle- HM Tuah Iskandar Sela...

Bersedia kah anda?.

Image
Bersiar2 di kedai buku merupakan salah satu terapi untuk saya dan suami... Hobi ini jugaklah yang mendorong saya untuk bergiat dalam jualan buku online. Sekurang2nya, sekiranya ada tempahan, maka akan ada sebab untuk kami bersiar2 di kedai buku. Dua tiga hari ni suami sibuk di pejabat. Saya pun lebih kurang... Jadi, balik kerja tadi selepas maghrib kami "kenyit2" untuk keluar sebentar buat terapi. Anak2 tinggal sebab malam tadi kami dah bawa sekeluarga untuk makan kat luar. Ronda2 kat kedai buku, saya terjumpa sebuah buku yang saya rasakan menarik dan berbaloi untuk dibaca dan disimpan sebagai rujukan sepanjang masa. Buku apa agaknya tu ya? Ini dia buku yang saya maksudkan.. Kenapa saya katakan buku ini amat relevan untuk saya baca dan simpan untuk rujukan sepanjang masa?.. Saya cakap macam tu sebab saya rasa setiap masa kita patut menganggap bahawa kita berhadapan dengan hari2 akhir kematian... Setiap diri akan merasai mati.. Itu janji Allah swt di dalam Al-Qur'an.. Sete...

Sapa ni?

Salam pagi Rabu.. Saya masih terperanjat... Tadi semasa balik dari temujanji klinik Asiah, saya disapa oleh seorang anak muda di depan lif. Saya tengok muka dia kut2 lah kenal... Budak ni sengih2 jer siap tunjuk nama kat tag kemeja dia... Konfiden je dia kenal saya... Saya pun tengok macam pernah tengok.... Sekali tu dia sebut nama mak dia... Memang terperanjat... Rupa2nya dia tu anak sepupu saya... Kira anak saudara la.... Bukan sepupu jauh pun... Berkongsi nenek yang sama dan mak saudara saya (nenek budak ni) tiap2 minggu datang rumah tolong mak saya jaga nenek saya (moyang dia). Subhanallah.. Masya'Allah... Patut le saya rasa familiar.. Dulu2 saya memang ziarah rumah dia kat kampung setiap kali raya.. Tapi waktu tu dia masih kecik sangat.. comot pulak tu.... Dah budak2 memang lah comot ye dak... TAdi saya tengok dia dah besar.. Sangat tinggi pulak dari saya yang memang dah sedia "comel" ni. Pakai pulak baju kemeja pejabat.... Mana lah otak saya dapat letakkan imej la...

Berdiri ke duduk?

Salam... Mari kita kongsi cerita yang baru saya baca... Macam menarik pulak isunya. Selama ni kita tak kisah pun kan, nak duduk ke nak berdiri... Kalau ada kerusi, duduk. Kalau tak de, pilihannya berdiri lah ya. Alkisahnya, dalam saya keluar masuk buat kerja, saya pun curi masa sikit baca suratkhabar (sambil berdiri).. Dan yang menariknya, tetiba je pandangan mata saya menangkap satu artikel mengenai kecenderungan masa kini untuk melakukan kerja sambil berdiri. Berdiri dalam erti kata dia memang tak duduk dah.. Diorang nih kerja kat pejabat pakai meja yang tinggi. Kenapa pulak timbulnya gaya hidup baru ni?. Menurut artikel tersebut, pengamal gaya hidup berdiri ni berpendapat bahawa ia mendorong mereka untuk lebih fokus, mencegah rasa mengantuk dan meningkatkan yakin diri. Dari sudut lain pula, artikel ini turut menyentuh mengenai pandangan2 pengkaji ergonomik secara ilmiah yang percaya bahawa duduk dalam tempoh yang lama menjadi punca kenaikan kadar penghidap diabetes, obesiti dan pen...

Koleksi Novel Kanak- Kanak Terpakai

Image
Semalam saya janji nak buat review buku terbaru di pasaran. Tapi nampak gayanya buat kedai online pun macam buat kedai betul2 jugak.. Mesti ada cabaran... Sekarang Asiah asyik nak berkepit jer.. jadi saya tangguh kan dulu ya... Hari ni saya bukak citer lain dulu... Nampaknya Fatihah pun berminat nak menyumbang untuk kedai ni.. Jadi malam tadi dia selongkar koleksi novel kanak- kanak yang dia dah habis baca untuk dipamerkan untuk jualan. Buku- buku ni dianggap jualan clearing stock sebab suami nak cari ruang untuk buku2 baru yang belum dimasuk ke rak di rumah kami. Setiap buku berharga RM5.oo dan kos penghantaranRM5.00 sahaja untuk setiap buku. Tiga buah buku pula kos penghantarannya RM10.00 sahaja. Sila cuci mata ya.. Siapa cepat dia dapat ya... Setiap tajuk ada satu jer salinan... :).. Malam nanti saya upload lagi... Ni kita jamuan pembuka selera dulu... Salam.....

Produk baru

Salam.. Semalam waktu uruskan tempahan (chewah), saya dan suami terpandang buku kanak2 terbaru... Dah ambik gambar tapi belum sempat nak buat review. Tapi nampak macam menarik sebab Fatihah pun dah khusyuk membaca sejak semalam... Insya'Allah malam ni saya cuba upload dan buat review sekali....

Pelanggan Sulung

Image
Salam hujung minggu... Alhamdulillah, hari ni saya menerima tempahan yang pertama untuk kedai online saya. Ehhm... Ehm.. Along..Its you... Thanks again.. :).. Dah.. pegi belajar.. jgn nak ngelat... Petang tadi saya dan suami terus dengan bersemangatnya mendapatkan bekalan dan peralatan untuk penghantaran... Anak2 pelanggan saya ni lebih kurang seusia anak2 saya.. Ketiga2nya perempuan pulak tu.. Jadi saya memang arif sangat le dengan budak2 seusia ni.. Kalau dapat bungkusan yang dibungkus cantik mesti suka sangat... Sebab tu lah dalam gambar tu ada wrapping paper... Kira nak surprisekan budak2 tu la... Tapi kan Along, dalam keghairahan saya beli mende2 tu tadi, saya tak perasan sgt temanya.. Dah sampai rumah baru le sedar... Jadi, saya mintak mahap siap awal2 la ya, kalau Along tak puas hati dgn wrapping tu... Haa... Dah siap dah... Esok pagi, suami menawarkan untuk hantar ke pos... Tak sempat nak ambik gambar yang dibungkus dgn kertas hadiah tu... Tapi tak pe ler.. Boleh surprisekan A...

Siri Kisah 25 Rasul

Image
Salam semua... Kali ni saya nak bercerita pasal set buku kanak2 yang menarik untuk kanak2 mahupun kita yang dewasa. Sebenarnya suami saya lama dah belikan set ni untuk Fatihah. Tapi yang sebenarnya dia sendiri yang nak baca.. he he.... Siri Kisah 25 Nabi ni terdiri dari 24 buah buku mengenai 25 Nabi- Nabi. 1.Nabi Adam AS Bapa Manusia 2. Nabi Ibrahim AS Kebal Dijilat Api 3. Nabi Ishak AS dan Nabi Yaakub A.S yang Luar Biasa 4. Nabi Musa AS dan Rahmat Tuhan 5. Nabi Syuib AS dan Kaum Madyan 6. Nabi Zulkarnain AS Membina Tembok Besi 7. Nabi Ayub A.S Dengan Kesabarannya 8. Nabi Idris AS dan Nabi Ayub AS 9. Nabi Ismail AS Rela Disembelih 10. Nabi Nuh AS dan Bahteranya 11. Nabi Yunus AS ditelan Ikan Nun 12. Nabi Zulkifli AS Berpegang Teguh Pada Janji 13. Nabi Harun AS Pendakwah Terbilang 14. Nabi Ilyas AS dan Nabi Ilyasa' Yang Penyabar 15. Nabi Lut AS dan Kaumnya 16. Nabi Soleh AS dengan Unta Ajaibnya 17. Nabi Yusuf AS Gemilang Takwanya 18. Nasihat Luqman AS kepada Anaknya 19. Nabi Hud AS...

Kedai Online Saya

Image
Salam pagi Sabtu: Alhamdulillah hari ni rasa sihat dan bersemangat nak kembali memblog. Hari ni saya nak buat cerita baru... he he.. Bermula hari ini saya akan memulakan perniagaan on-line saya. Kedai saya boleh dilayari di sini . Buat masa ni saya bermula dengan beberapa item; CD Maher Zain- Thank you Allah RM27.90 Siri Cerita Pendek Dalam Al-Qur'an untuk Kanak- kanak & Dewasa RM29.90 Siri Mudah Belajar dan Mengajar Bahasa Arab Al- Baghdadi RM28.90 Aktiviti ni merupakan satu lagi cara saya untuk mempelbagaikan aktiviti kehidupan. Sebenarnya kedai saya ni lebih dianggap perkhidmatan mendapatkan barangan bagi golongan yang tidak mempunyai kelapangan untuk menjenguk kedai sebenar. Memandangkan saya dan suami memang aktiviti masa lapang menjenguk dan mengintai kedai buku, jadi saya terfikir nak cuba bidang ni... Dan lagi satu, kalau ada siapa2 yang ada masalah nak mencari buku, hubungi saya dan berikan maklumat berikut: tajuk nama penulis nama penerbit Saya akan cuba cari dan ma...

Calling Ibu Mai

Image
Anak buah saya yang baru... Adik saya yang keempat baru jer melahirkan petang tadi.... Baby boy... Alhamdulillah... Dah 3 puteri sebelum ni dan sekarang dah dapat baby boy... Wan Farmtown.. he he he.. Kakak2 yang berwajah amat bangga dan nenek di belakang sebagai heroin (seperti biasa.. )

Demam

Salam Zulkaedah... Malam Ahad lepas saya tiba2 tak sedap badan. Suhu badan naik tetapi saya pulak menggeletar kesejukan. Suami dah tidur nyenyak jadi saya malas nak kejutkan. Jadi, sepanjang malam tu saya tak dapat tidur dengan nyenyak. Esoknya suami terperanjat sebab suhu badan saya memang tinggi sedangkan malam semalam okay jer. Dia nak bawak ke klinik tapi saya malas nak pegi... Biasa le tu, kalau anak2 demam, kecoh nak bawak ke klinik.. Tapi kalau diri sendiri, macam2 alasan dibuat supaya tak payah pegi. Selain dari badan panas, saya rasa ok. Malahan selsema dan sakit tekak saya dua tiga hari sebelum tu pun dah hilang. Kebiasaannya saya memang jarang telan aspirin kalau setakat pening kepala biasa, tapi untuk menghalalkan "ketidak pergian" saya ke klinik, saya telan le sebiji aspirin yang ada kat dapur. Alhamdulillah lepas tu, suhu badan saya turun. Dah macam biasa. Tapi badan saya rasa lemah dan kepala pulak berdenyut2. Semalam, saya cakap kat suami, saya nak ambik cuti...

Sapa Mak Isah?

Telefon bimbit saya berdering... Suami: Siapa Mak Isah? Saya terkedu jap. Tak leh nak tangkap apa tu. Yang saya tahu, nenek saya namanya Mak Isah. Oooo... Lepas tu baru saya teringat pasal giveaway yang saya menang hari tu. Alhakikatnya, saya memang belum cakap kat suami. Konon2 nak surprise sebab saya memang niat nak hadiahkan wallet Adidas tu kat dia. Tup2 parcel tu datang waktu saya kerja dan suami saya pulak memang balik tengahari sebab dia ambik Fatihah dari sekolah. Saya pun tak tengok lagi barang tu.. Konon2 nak surprise suami, akhirnya saya sendiri yang disurprise.. Padan muka saya.... p/s: Mak Isah, nampaknya wallet Adidas Mak Isah dah sampai ke tangan tuannya yang baru aka suami saya. :).. Tkasih ya Mak Isah.. nanti balik saya tengok dan update... (Fuhhh..terperanjat aku..:)

Projek Hujung Minggu

ha ha.... Saya lagi... Hari ni saya diberi "cuti", jadi waktu tengahari yang panjang ni saya gunakan untuk spam sahabat2 yang begitu berbaik hati mengikuti blog "gitu2 jer" saya ni. Saya teringat kata2 hikmah yang Ustaz Rujhan ketengahkan semalam: "Sikap suka menangguh merupakan pintu kepada kerugian" Kenapa saya cakap pasal sikap bertangguh ni? Hakikatnya, itulah sikap saya yang amat sukar nak diubah.... Dah berhari2 ni saya "berangan2" nak memulakan pelbagai projek jahitan saya. Tak de pandai sangat pun menjahit.. Tapi dah ditambah lagi dengan sikap "terpuji" saya tu, maka tidak bergerak seinci pun lah projek impian saya. Malam bertukar siang, siang bertukar malam, minggu bertukar minggu, habis macam tu jer. Rugi kan?... Banyak sangat alasan yang saya ciptakan untuk menghalalkan sikap menangguh saya ni. Baru jer nak duduk kat depan mesin jahit, nanti Asiah mula la "tolong" sekali. Jadi saya pun tak leh nak fokus... Ha... mar...

Saspens

Saya sedang dalam mode saspens... he he... Kenapa agaknya tu?.. Sebabnya saya baru jer beli cd maher zain dan mp4 al-qur'an digital online.... Saya saspens sebab ini merupakan kali pertama saya beli benda digital guna online... Macam mana agaknya produk tu nanti yek?.. Saspennnnnn..... Memang sentiasa le rerama cumel terbang melayang2 di perut saya sehingga lah tempahan saya tu sampai ke tangan saya dan dilihat kualiti barangnya.. Alamak.. Apa aku dah buat ni?...... Hiii!!!!...... Saspen!!!!!....

Hati- hati dengan hati

Salam tengahari Jumaat.. Apa cerita pasal hati ni? Sebenarnya semalam saya terdengar segmen tajaan kat IKIMfm mengenai ubat hati. Seperti biasa, kalau segmen ni, memang saya tak de nak ambil kisah sangat. Kalau dengar pun, kat hujung2 telinga jer ler. Sebab tu le saya sempat dengar sikit je yang penaja tu cakap. Memandangkan dia jual tonik hati jadi dia pun cakap le kepentingan menjaga hati ni. Kegagalan hati berfungsi akan menjadi punca pelbagai penyakit seperti Hepetitis dan demam kuning. Memang sah saya tak dengar sangat. Tak berani lak saya nak tulis lebih2... Apa2 pun, sebenarnya saya nak berkongsi mengenai hakikat pentingnya hati dalam kehidupan manusia. Rosak hati, maka kita akan menderita. Semoga Allah menganugerahkan kita nikmat sihat dan memberi kesabaran seandainya diuji dengan sakit. Kebetulan atau suratan pagi tadi Segmen Motivasi pun menyentuh mengenai topik yang sama. .....HATI .... Kata Ustaz Rujhan, "Sekiranya hati kita adalah air, jangan biarkan ia keruh, se...

Aku semut

Seperti biasa, sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah, Fatihah puteri sulung saya akan menyambut kedatangan saya dengan pelbagai request. Fatihah: Mama, nak beli kapur kasut. Mama: Apa pulak mimpi anak aku tiba2 nak kapur kasut nih (dalam hati jer.. sebab selama ni tak pernah sibuk nak kapurkan kasut) Apasal nak beli kapur? Fatihah: Cikgu suruh. Mama: Hah.. Ni mesti kes kasut nampak suram jer kot.. FAtihah: Cikgu suruh mbok (nama gelaran dia) jadi semut.... Nanti kena sediakan tudung warna hitam. Tak nak manik.. tak nak sulam... Mama: Semut pulak dah.... ++++++++++++++++++++ Sebenarnya dua tiga hari lepas Fatihah bawa balik surat dari sekolah pasal lawatan ke Tebingan Sungai sebab ada pameran kat situ dan dia terpilih untuk menyertai program tu. Mulanya ingat nak hantar kat sekolah jer, lepas tu relak jer kat rumah... Tapi kalau dah ada yang jadi semut, kena lah pegi kat tempat program tu... Almaklum.. ni merupakan kali pertama ( another first) Fatihah menyertai persembahan di ...

Tak puas hati

Tak puas hati pulak saya dengar segmen tajaan kat IKIMfm nih... Dia kata bagi rawatan percuma... Tapi sebenarnya kena bayar RM50. Dia kata yang tu bukan caj rawatan tapi yuran pengurusan.. Apa maknanya yuran pengurusan tu?.. Sewa dewan, kos pengangkutan barang, upah perawat (isteri dia..).. La.... kos perubatan le tu.. nak pusing2 lak.... Kira bayaran le tu kan... Lepas tu boleh kata pulak, caj tu murah je.. Kalau pegi pasar malam pun kena belanja banyak lagi... Kalau dah kena bayaran tu, makna nya tak ler percuma... Janganlah pegi iklan cakap rawatan percuma.... Kalau orang memang perlukan rawatan, orang akan datang walaupun dikenakan bayaran... Mana ada benda yang percuma sekarang ye dak... Hisshh... tak tahu saya nak cakap apa yang saya rasa dengan segmen ni... Tapi memang tak puas hati... Dahlah kata rawatannya menggunakan Al-Qur'an... Jangan lah pulak buat orang tak puas dan secara tak langsung bagi imej tak elok untuk pengamal perubatan yang berasaskan AL-Quran.. Sepatutnya u...

Saya menang....

Image
Salam Zulkaedah... Saya pernah buat entri mengenai giveaway yang saya sertai kat blog Mak Isah ... And guess what.... Saya menang (betul ke istilahnya "menang"?).... Apa2 pun istilahnya, yang seronoknya, saya dapat wallet Adidas tu... Terima kasih Mak Isah... Seronok sangat ni.... Its mine .. :) Dapat wallet Adidas ni memang seronok, tapi mengikuti blog Mak Isah selama ni memang berbaloi. Bukan nak membodek, tapi saya banyak belajar dari posting2 Mak Isah mengenai pelbagai jenis masakan yang amat praktikal untuk diikuti. Saya juga cuba memanfaatkan catatan Mak Isah mengenai keluarga beliau (suami, anak menantu dan cucu). Pada saya, blog Mak Isah merupakan sebuah kehidupan dari kaca mata seorang wanita yang begitu kaya dengan pengalaman hidup. Untuk Mak Isah, teruskan berkongsi catatan pengalaman anda... Dan .. Terima kasih daun keladi ya... :)

Udang segar

Saya: Abang nanti tolong tengok2kan kot2 ada udang segar di jual kat sana. Suami: Sekarang musim hujan ler... Susah nak dapat udang. Lagipun susah nak bawak balik... Cepat busuk. Nantilah abang balik, kita carik. Saya: Okay. Sebenarnya dah dua hari suami bertugas luar stesen ke bandar tempat dia bekerja sebelum ni. Sebuah bandar di tepi laut yang memang terkenal dengan tangkapan laut dalam yang segar. Jadi, bila teringat pasal tu, pagi semalam saya terus call. Tapi bila suami cakap macam tu, tak pe ler. Saya pun tak kisah. Belum ada rezeki. Lagipun saya bukannya mengidam... :).. Saya lupakan je lah cerita tu. ++++++++++++++++++ Dalam entri semalam, saya ada cerita pasal kedai makan di tempat kerja saya yang dah ditutup. Jadi, tengahari semalam saya makan coklat jer untuk mengalas perut. Niatnya, balik je dari tempat kerja saya akan makan terus kat rumah merangkap makan malam. Dalam perjalanan balik tu kira memang tak fikir lain dah.. Lapar.. lapar... lapar..makan.. makan.. makan... Jad...

Lapar

Satu2nya kedai makan (Melayu) kat bangunan tempat keje saya dah tutup. Untuk yang kesekian kalinya..... Ni le yang paling saya tak sanggup nak terima.. Sekarang saya dah takde tempat makan... Laparnya... Bekal pizza telur goreng nasik yang kakak buat pagi tadi dah saya makan kol 10 tadi. Sekarang amat lapar. Minum air sejuk je lah nampaknya ni.... ENtah bila pulak pengusaha baru nak bukak kedai tu.. (ada ke yang nak jual makanan kat situ)... Dah berapa orang dah tukar ganti sejak saya keje kat sini awal 2007 hari tu... Susah2 kang, saya pulak yang bukak kedai makan kat situ... Lapar...... Lepak kat surau je lah sementara tunggu masuk waktu Zuhur... Salam...

Senyum / Amanah

Senyum Kenapa saya nak cakap pasal senyum? Sebab, semalam waktu saya jemput kakak dan ambik anak2 kat rumah mak, semua pihak tersenyum lebar: 1. Kakak: sebab dah cuti panjang 2. Adik: sebab tak payah susah2 jaga anak2 buah bertuahnya lagi... :) 3. Suami: Tak perlu bangun awal buatkan sarapan untuk Fatihah.. 4. Saya: Sebab rumah dah nampak macam rumah... :) Petang semalam, lepas balik kerja, saya intai kat dalam rumah, ruang depan tv dah kemas dah... **************************************************** Amanah Malam tadi, memandangkan kakak baru balik, kami makan kat luar... Bawak Kakak makan kat Secret Recipe... Bodek punya pasal... :)... Sebab lepas ni memang dia kena overhaul habis rumah tu.... Almaklum, pegawai yang memangku sebelum ni bukan pengurus professional. Sebenarnya waktu bulan puasa hari tu, ada sehari kami berbuka kat Secret Recipe.... Teringat pulak kat Kakak yang dah balik bercuti waktu tu... Jadi saya dan suami memang dah niat, nanti bawak Kakak pulak makan kat situ. Me...

Kita Pemegang Amanah

Lama tak bersajak. Nak cuba lah tulis2 sikit... Di mana keadilan andai kepala dipijak hati dilanyak minda dipajak jiwa dihenyak di mana keadilan andai harta dirompak tindasan tak nampak kaya berlambak miskin diasak usah dicari keadilan kerana ia milik Allah kita hanya hamba yang memegang amanah sebelum ditelan tanah.

Menangislah

Salam Syawal. Nak kongsi apa yang saya dengar dari Segmen Motivasi Pagi, Radio IKIM.fm 05/10/2010. Mintak maaf sebab tak dpt rujuk penceramah sebab belum kenal dengan penceramah baru untuk bulan Oktober 2010. (Penceramah digilir setiap bulan) "Janganlah menangis kerana anda tidak dihargai tetapi menangislah sekiranya anda tidak berharga " Jadi, macamana nak tau kalau kita sudah tidak berharga? Penceramah ajukan lima tanda kita tidak berharga: Sekiranya iman tidak bertambah Sekiranya ilmu tidak bertambah Sekiranya tidak berakhlak Sekiranya maruah tercemar Sekiranya tidak berharta yang boleh mendekatkan kita kepada Allah Wallahua'lam....

Tak sabarnya...

Tak sabarnya nak tunggu esok... Malam ni Kakak bertolak dari kampung. Insya'Allah awal pagi esok dia sampai ke Kuching.... Hmmm... Satu hari lagi jadi berpeluang jadi "superwoman"..... Lepas tu.... ENJOY....... :)

Minggu yang panjang

Salam Syawal. Minggu lepas memang amat panjang bagi saya. Pembantu saya masih bercuti dan Insya'Allah akan mula "bertugas" Khamis atau Jumaat ini. Selepas memanjangkan cuti lepas raya seminggu kerana anak2 demam, saya dan suami mula bekerja minggu lepas. Ini bermakna saya kena mintak bantuan adik saya yang duduk bersama mak untuk jaga anak2. Malam saya kena kemaskan bakul khas dan pastikan semua kelengkapan ada kat dalam tu. 1. Asiah - Peralatan menyusu- susu dan botol susu yang cukup - lampin pakai buang - baju siang- dua tiga pasang - baju malam- dua tiga pasang 2. Maryam (Sekolah Petang) - Seragam sekolah - Baju siang - Baju Malam 3. FAtihah (sekolah pagi) - Baju siang - Baju Malam Balik kerja terus ambik anak2 dari rumah Mak. ALhamdulillah rumah dekat jer. Sampai rumah terus jenguk dapur. Pastikan at least masak nasi dan jerang air. Last week saya masak le setakat yang termampu.. :).. Ikan kukus halia dan sayur rebus.. Nak lebih2 tak sempat dan tak reti. Janji keluar...

Give away by dearest blogger friend

Image
Kali pertama saya cuba nak menyertai giveaway dalam dunia blogger... Giveaway ni dianjurkan oleh seorang kawan blogger yang sporting sangat, saya panggil dia Mak ISah.. Bila saya baca entry2 beliau, saya rasa macam being at home pulak... :).. Nak tau apa hadiah giveaway ni? Tadaaaa.. Sebuah wallet adidas yang comel yang saya plan nak bagi hubby kalau saya menang giveaway ni.. :).. Cantik kan wallet nih... So, sapa2 nak join giveaway ni, sila klik pautan ni... Selamat Mencuba... Salam.. (Pssttt Mak Isah.. Betul ke yang saya buat ni?.. MAklum le percubaan pertama.. :)