Sekian Lama

 


Sekian lama masa berlalu

bagai baru semalam

mengatur bicara

ada cerita duka

ada cerita gembira

ada kenangan yang mesra

ada luahan merungkai rasa

 dan hari ini

kujenguk semula daerah maya

moga masih ada 

nada dan suara bergema

menyambut ziarah

sahabat lama.


Ummufatihah

10 Disember 2020

1227 am


Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin