tidak pernah dijangka


suatu ketika, saya tiba- tiba sering loya dan hilang selera makan. Waktu itu saya berada di tahun akhir pengajian sarjana.  Masih saya ingat saat saya berkongsi cerita dengan rakan sepejabat dan secara bergurau dia merasakan yang saya mengandung. Saya gelak dan lupakan sahaja perkara tersebut. hanya beberapa hari selepas itu, saya tidak dapat lagi bertahan dan menyuruh suami membeli kit ujian kehamilan sekadar untuk menyenangkan hati.  ternyata ia positif. waktu itu Maryam sudah berusia 3 tahun lebih dan Fatihah 7 tahun. 

Lagi sekali tidak menyangka namun amat bersyukur. Tidak pernah merancang jarak kehamilan kerana menyedari keadaan sedia ada, namun perancangan Allah amat cantik. kali ini ia adalah Bonus kepada kami. Dianugerahkan seorang anak amat dihargai selepas berusaha. kemudian dihadiahkan seorang lagi tanpa disangka, dan selepas itu di saat merasakan telah menerima rezeki lebih dari jangkaan, Allah hadiahkan lagi bonus yang tidak dapat dilafazkan kesyukuran menerimanya. 

Asiah hadir di saat saya sedang bertungkus lumus menyiapkan laporan akhir pengajian dan pembentangan viva saya dibuat semasa saya baru sahaja 10 hari dalam pantang. Bila diingatkan semula, dari awal hingga akhir pengajian sarjana saya dilalui dengan pengorbanan dan air mata. pengorbanan suami yang terpaksa berjauhan dan kekurangan masa bersama anak- anak. dan bukan tidak pernah rasa mahu mengalah, namun suami mengingatkan untuk tidak menyiakan pengorbanan mereka. berjuang harus hingga mencapai kejayaan. 

Asiah anak ketiga, belajar banyak perkara dari dua saudara yang tua. bijak berbicara namun kebiasaan anak yang bongsu tidak lagi menerima tekanan dari ibu bapa. boleh membuat banyak perkara tanpa begitu dikawal. mungkin kerana sudah melalui pengalaman membesarkan anak- anak sebelum itu kami mula mengakui bahawa sebenarnya ibu bapa tidak boleh terlalu memaksa. terutama di saat anak- anak masih kecil. berbanding kakak- kakaknya terutama yang sulung Asiah tidak terlalu terikat dengan bebanan akademik. yang penting dia hadir ke sekolah setiap hari. mungkin dia untung, atau mungkin dia rugi dengan keadaan begitu. Saya cuma mengharapkan nanti di saat Asiah telah mula mengerti makna berusaha, dia akan berusaha lebih untuk membaiki mutu pembelajarannya. 

Selepas Asiah memang tidak akan ada lagi yang menyusul kerana saya telah menjalani BTL procedure berikutan nasihat doktor selepas tiga kali melalui proses kelahiran secara ceaserean. walaupun doktor memberi pilihan sekali lagi peluang untuk usaha mendapatkan anak lelaki, saya dan suami mengambil keputusan untuk setakat itu sahaja kerana bagi kami apa yang kami nikmati adalah lebih dari jangkaan kami. 

alhamdulillah. tidak pernah kami terkilan tiada dianugerah anak lelaki kerana tiga puteri kami ini adalah anugerah tidak ternilai. 

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida